Tuesday, January 22, 2008

Sambutan Maal Hijrah

Pada 18 Januari bersamaan dengan 9 Muharam, Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam telah mengadakan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah.Pihak sekolah telah menjemput penceramah dari SMK Ayer Molek iaitu Ust. Sudin Bin Noh untuk memberikan ceramah Maal Hijrah peringkat sekolah. Dalam majlis tersebut juga pihak sekolah telah bergotong-royong memasak bubur asyura untuk diagihkan kepada murid-murid SKBD.Sila lihat foto-foto berikut:








Sunday, January 6, 2008

Latihan Nasyid

Assalamualaikum. Kami dimaklumkan oleh GPK Kokurikulum bahawa pertandingan Nasyid Kawasan Alor Gajah akan diadakan pada hujung Januari 2008. Maknanya tak sampai 3 minggu lagi. Guru Agama dan Guru Muzik En. Nizam nampaknya sudah bertungkus-lumus mencari solo yang sesuai. Untuk tahun ini, sekali lagi murid perempuan dipilih untuk mewakili sekolah. Untuk makluman pembaca blog, Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam sudah ada nama dalam pertandingan nasyid sejak tahun 2003 hingga sekarang. Sekolah ini pernah mendapat Naib Johan Alor Gajah,Johan Alor Gajah,Tempat ke-3 Negeri dan Naib Johan Negeri.Guru agama dibantu oleh guru muzik sekali terpaksa mencari idea-idea untuk mencari lagu yang sesuai dengan tema yang akan dipertandingkan.Apa-apa pun tahniah kepada guru-guru yang melatih kerana berusaha untuk menaikkan nama SKBD.Sekian terima kasih.

Sila lihat foto di bawah :




Kelihatan Pn. Seren dan En. Nizam sedang melatih murid nasyid




Pelajar-pelajar nasyid SKBD sedang tekun berlatih.




Inilah solo nasyid SKBD





Wah! nampaknya komitmen yang tinggi ditunjukkan oleh guru berdua ni.

Pihak sekolah berharap peserta nasyid SKBD ini mendapat kemenangan dalam pertandingan nasyid Kawasan Alor Gajah yang akan diadakan tidak lama lagi. Segala jasa dan pergorbanan guru yang melatih secara langsung atau tidak langsung hanya Allah s.w.t yang dapat membalasnya.


Thursday, January 3, 2008

Hari Pertama Persekolahan 2008

Assalamualaikum. Pada 3 Januari 2008 telah bermulalah hari persekolahan bagi semua murid di seluruh negeri kecuali Kelantan , Terengganu dan Kedah. Bagi Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam, pada hari pertama kebanyakkannya ibubapalah yang biasanya menghantar anak-anak mereka ke sekolah terutamanya murid-murid Tahun 1 dan Pra Sekolah.Ramai juga ibubapa yang hadir dan baru nak membeli buku tulis anak-anak mereka dan ada juga nak membayar 'Bayaran Tambahan'.Pihak sekolah juga nak mengucapkan 'Selamat Datang' ke Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam.Mari kita lihat foto hari pertama persekolahan 2008:




Murid-murid SKBD sedang berhimpun di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat dari pihak sekolah.


Kanak-kanak PraSekolah sedang menuju ke tapak perhimpunan



Sebahagian kereta ibubapa yang hadir untuk menghantar dan mendaftarkan anak ke sekolah.




Sebahagian ibubapa yang hadir










Kelihatan guru-guru membuat persiapan sebelum perhimpunan dimulakan





Guru-guru SKBD

Murid-murid SKBD sedang tekun belajar pada hari pertama persekolahan.


Wednesday, January 2, 2008

Pendaftaran Murid SKBD Sesi 2008

Assalamualaikum. Pada 27 Disember 2007 pihak sekolah telah mengadakan Hari Pendaftaran Murid bagi sesi persekolahan 2008. Jadi ramai juga ibubapa yang datang untuk membayar yuran (bayaran yuran untuk PIBG, sukan dan sebagainya) untuk anak mereka. Hari ni guru-guru sekali lagi sibuk untuk melayan ibubapa.










Barisan pentadbir sedang memberi taklimat kepada ibubapa





Inilah ustz. Seren. Biasanya kalau dalam sesuatu majlis beliaulah yang akan menjadi pengacara dan pandai menghidupkan sesuatu majlis.Biasalah orang lama.


Sebahagian ibubapa yang hadir




Selesai taklimat kelihatan ibubapa menuju ke kelas untuk mendaftar anak masing-masing.




Pengagihan Buku Teks

Pada 26 Disember 2007 iaitu pada hari Rabu, pihak sekolah telah membuat agihan buku teks. Maklumlah sekolah dah nak dibuka kembali. Nampaknya ramai juga murid SKBD yang datang bersama ibubapa mereka. Kalau dilihat yang sibuk masa tu ialah guru kelas.Guru -guru yang tidak pegang kelas diminta oleh Guru Besar membantu guru kelas. Maklumlah guru kelas tak menang tangan nak mengangkat buku teks tu. Bayangkanlah setiap murid purata mendapat 12 buah buku. Itu baru seorang belum dikira satu kelas lagi. Apa-apa pun terima kasih kepada guru-guru SKBD.Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya.







Inilah Teacher Ken (Boss SPBT),
rasa-rasanya
dialah yang paling
sibuk hari ni.






Pn. Jamakyah & Pn. Shafinaz telah menyemak senarai nama murid yang telah diagihkan buku teks








Wah! bersantai nampak.Mereka ni bukannya apa,
sementara menunggu ibubapa datang bacalah akhbar dulu.




Cikgu-cikgu SKBD sedang menunggu Ibubapa dan murid yang datang mengambil buku teks.


Alhamdulillah. Pengagihan buku teks selesai pada jam 11.30 pagi. Tetapi ada ramai juga pelajar yang tidak dapat datang. Mungkin mereka tunggu hari pendaftaran kot. Terima kasih sekali lagi kepada guru-guru SKBD.







Warga SKBD


Guru Besar SKBD (Pn.Norlailah Bt. Maeraj)



Staf Sokongan SKBD


Staf Akademik SKBD

Tentang SKBD