Sunday, April 27, 2008

Sukan Tahunan SKBD

Pada 24 April 2008, pihak sekolah telah mengadakan sukan tahunan SKBD. Banyak juga acara yang dipertandingkan dalam sukan tersebut. Walaupun pada hari tersebut keadaan padang agak becak kerana hujan akan tetapi aktiviti yang dijalankan sedikit pun tidak terjejas.Tahniah kepada semua warga SKBD kerana telah menganjurkan sukan secara besar-besaran dimana banyak juga yang melibatkan penduduk kampung Belimbing Dalam. Inilah permuafakatan yang perlu ada bagi setiap warga sekolah demi untuk mengeratkan silaturrahim antara warga sekolah dan penduduk kampung. Pihak sekolah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat-syarikat dan mereka-mereka yang sudi memberikan sumbangan kepada pihak sekolah bagi aktiviti sukan tersebut.Ketua kontinjen rumah sukan sedang bersedia untuk membaca ikrar

Pegawai dari Jabatan telah merasmikan sukan tahunan SKBD
Tarik, jangan tak tarik!

Antara ibubapa yang hadir

Tarian poco-poco

Wah! bukan main semangat lagi staf SKBD untuk acara lari ikat kaki berpasangan

Wah! bukan main posing lagi Cikgu Jamakyah.

Sunday, April 20, 2008

Lawatan Kerja YB ke SKBD

Pada 14 April 2008, YB Kawasan Durian Tunggal iaitu Datuk Abd. Wahab bin Abd. Latif dan rombongannya telah mengadakan lawatan kerja di SK. Belimbing Dalam. Beliau sampai di SK. Belimbing Dalam lebih kurang jam 7.45 pagi. Banyak input-input dan nasihat yang diberikan kepada warga SKBD sepanjang beliau berada di sini. YB Datuk juga telah bersetuju memberikan sumbangan sebanyak RM1000 kepada pihak sekolah kerana telah berjaya menaikkan peratus kecemerlangan dalam UPSR 2007.Pihak sekolah sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk kerana sudi memberikan sumbangan. Lihat foto-foto di bawah :

Thursday, April 17, 2008

Pertandingan Nasyid


Pada hari Jumaat 10 April 2008. GPK HEM memaklumkan kepada Ust Zamri dan Cikgu Nizam supaya membuat persiapan untuk pertandingan nasyid Anjuran Japerun Durian Tunggal. Pertandingan itu akan berlangsung pada hari tersebut jam 3.00 petang. Memang terkejut juga En. Nizam dan Ust. Zamri untuk buat persiapan. Walaubagaimanapun kami cuba sedaya upaya dan keputusannya amat memberangsangkan di mana sekolah ini telah mendapat johan dalam pertandingan tersebut. Tahniah sekali lagi kepada pasukan nasyid sekolah kerana berjaya membawa pulang hadiah berupa wang sebanyak RM 500.00.

Latihan nasyid di sekolah

Inilah solo nasyid SKBD. Bukan main feeling lagi!


Terima kasih kepada guru perempuan yang membantu peserta nasyid untuk bersolek.

Ketika membuat persembahan

Wednesday, April 9, 2008

Haziq harumkan nama SKBD


Pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada adik Mohammad Haziq bin Azhar kerana berjaya mengaharumkan dan menaikkan nama sekolah dalam kejohanan lompat tinggi dan lompat jauh MSSMN. Beliau berjaya mewakili sekolah ke peringakat daerah, mewakili daerah ke peringkat negeri dan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Tahniah sekali lagi kepada adik Mohammad Haziq kerana mendapat pingat emas dalam acara yang dipertandingkan.

Wednesday, April 2, 2008

Majlis Maulidurrasul 2008

Pada 28 Mac 2008 Panitia Pendidikan Islam SKBD telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Majlis tersebut dimulakan dengan perarakan mengelilingi padang. Banyak juga program-program yang telah dirancang dalam sambutan tersebut seperti tayangan slaid,jawab soalan kuiz dan lai-lain lagi.Lihat foto-foto berikut: