Thursday, April 30, 2009

Sambutan Hari Guru 2009

TEMA : GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Lagu Tema Hari guru 2009
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
Download.
Lagu Tema : Muzik & Vokal, MinusOne.
Lagu Guru Malaysia : Muzik & Vokal, MinusOne.

Saturday, March 28, 2009

Mesyuarat Agung PIBG 2009



Pada 28 Mac 2009, Mesyuarat Agong PIBG kali ke-32 bagi SK. Belimbing Dalam telah selesai diadakan. Tetamu jemputan untuk merasmikan Mesyuarat Agong tersebut ialah Y.B Datuk Abd. Wahab bin Abd. Latip merangkap ADUN Kawasan Durian Tungal.Antara aturcara bagi program tersebut ialah ceramah agama yang telah disampaikan oleh Ust. Azli dari SMU(A) Assyakirin Selandar. Tajuk yang dikupas dalam ceramah tersebut ialah 'Peranan Ibubapa Dalam Mendidik Anak-anak'. Dalam program tersebut juga dijemput bekas pelajar SKBD yang telah cemerlang dalam UPSR untuk menerima sedikit sumbangan dari sekolah. Insyaallah dengan sumbangan tersebut akan menjadi perangsang kepada murid-murid lain agar sentiasa mempertingkatkan diri dalam pelajaran.
Ibubapa sedang mendaftar di meja pendaftaran


Sebahagian daripada Ibubapa yang hadir dalam Mesyuarat Agong PIBG


Persembahan Nasyid oleh Pasukan Nasyid SKBD


Ust. Azli menyampaikan ceramahnya
Pn. Norlailah Maeraj(Guru Besar) menyampaikan ucapan

Ucapan En. Mohsin Ibrahim (YDP PIBG)
Tn. Hj. Kassim bin Mohamad (PPD Alor Gajah) telah menyampaikan ucapan


Ucapan YB.Datuk Abd. Wahab bin Abd. Latip
Bekas murid SKBD telah menerima sumbangan daripada YB. Datuk Abd. Wahab
Mesyuarat Agong PIBG bermula

SKBD Tuan Rumah Pertandingan Nyanyian Solo


Pada 26 Mac 2009, SKBD Sekali lagi menjadi tuan rumah Pertandingan Nyanyian Solo peringkat Kawasan Alor Gajah. Seramai 26 peserta daripada 16 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut. Tujuan pertandingan ini diadakan ialah untuk mencungkil bakat-bakat murid. Johan dan Naib Johan bagi pertandingan ini telah disandang oleh SK. Rumbia dan SK. Parit Melana.Mereka akan mewakili Kawasan Alor Gajah kepertandingan peringkat Negeri yang akan berlansung di MITC nanti. Syabas dan tahniah!.
Sesi pendaftaran peserta Nyanyian Solo

Barisan hakim Pertandingan Nyanyian Solo


Nyanyian salah seorang peserta
Ucapan En. Zainal Abidin mewakili Guru Besar SKBD
Ucapan daripada wakil PPD Alor Gajah
Penyampaian hadiah kepada peserta pertandingan
Inilah Johan Pertandingan Nyanyian Solo dari SK. Rumbia

Tuesday, March 17, 2009

KursusLDP Kali pertama 2009

Pada 14 Mac 2009, Kursus LDP kali pertama telah dijalankan di SKBD. Bukan sahaja di SKBD bahkan pada tarikh tersebut juga semua sekolah di negeri Melaka diadakan kursus yang sama . Penceramah jemputan dalam kursus tersebut ialah seorang Srikandi yang tidak asing lagi bagi warga pendidikan iaitu Pn. Hjh Norbi. 'Gurukah Aku'Itulah tajuk yang dikupas dalam kursus tersebut. Bagi warga SKBD, tajuk tersebut sangat sesuai untuk dikupas bahkan ada yang terharu kerana dapat memuhasabahkan diri dalam mendidik murid-murid kerana merekalah produk yang kita keluarkan hasil tunjuk ajar kita.
Pn. Hjh Norbi sedang menyampaikan ceramah


Guru Besar turut menyampaikan taklimat berkaitan KSSR
(Kurikulum Standart Sekolah Rendah)

Saturday, March 14, 2009

Minggu Dakwah SKBD 2009


Pada 13 Mac 2009, Satu sambutan Minggu Dakwah telah diadakan di SKBD. Antara aturcara bagi program tersebut ialah Peraduan eja dan menang,mewarna, bacaan Al-Quran dan nasyid lain-lain.Dalam program tersebut murid-murid juga berpeluang merasa masakan bubur as syura yang dimasak oleh staf SKBD sendiri. Terima kasih kepada guru-guru yang bermurah hati memberi sumbangan bagi menjayakan majlis tersebut.
Murid-murid berkumpul di dewan Sri Pentas
Persembahan kumpulan Nasyid SKBD


Guru-guru sedang gotong-royong memasak bubur As-syura
Pelajar-pelajar sedang menikmati juadah bubur Assyura.

Monday, March 2, 2009

Pertandingan Nasyid

Segala penat lelah latihan peserta nasyid SKBD akhirnya berbaloi apabila mereka merangkul Naib Johan Daerah Alor Gajah dan apa yang lebih membanggakan mereka juga merangkul Naib Johan Negeri Melaka pada tahun 2009. Terima kasih kepada semua guru yang mengajar samada secara langsung atau secara tidak langsung.Tahniah dan syabas sekali lagi kepada mereka.
Kelihatan Cikgu Nizam tekun memberikan latihan kepada mereka
Ketika pertandingan di Kem Bina Negara Hutan Percha
Pertandingan peringkat Negeri di SMU (A)Ahmadiah, Sungai Udang

Peserta Nasyid menerima piala Pertandingan Nasyid yang disampaikan oleh Guru Besar SKBD.