Wednesday, July 27, 2011

Larian 1Malaysia

Program Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah dijalankan pada 2 Julai yang lalu. Seramai 139 peserta yang terdiri dari murid-murid tahun 1 hingga tahun 6 mengambil bahagian dalam larian ini.
Larian yang bermula pada 7.45 pagi itu diadakan serentak di institusi pendidikan di seluruh negara. Di SK Belimbing Dalam larian ini dilepaskan oleh guru besar Pn. Hjh Norinah bt Kamarudin. Larian dalam jarak lebih kurang 2 kilometer bermula di sekolah dan berakhir juga disekolah.