Saturday, December 29, 2012

Mesyuarat Kali Pertama Sesi Persekolahan 2013

Assalamualaikum WBT...
 
Syukar Alhamdulillah...mesyuarat kali pertama sebelum sesi persekolahan 2013 bermula telah berjaya dilaksanakan di Bilik Gerakan SKBD...Kehadiran guru amat memberangsangkan. Berikut adalah hari dan tarikh mesyuarat yang telah dijalankan...
 
26.12.2012 - Mesyuarat Guru sesi 1/2013 dan Mesyuarat Agong Kelab Staf sesi 2013/14
 
27.12.2012 - Mesyuarat Kurikulum sesi 1/2013 dan Mesyuarat PBS sesi 1/2013
 
28.12.2012 - Mesyuarat HEM sesi 1/2013 dan Mesyuarat Kokurikulum sesi 1/2013
 
Pihak pentadbir merakamkan ribuan terima kasih di atas idea dan sokongan yang diberikan oleh semua guru...Dan berharap sesi persekolahan 2013 akan lebih terancang dan ceria untuk masa depan anak bangsa Malaysia...Terima kasih.

Friday, December 28, 2012

Patah tumbuh hilang berganti...

Assalamualaikum WBT...
 
Admin dan warga SKBD mengalu-alukan kehadiran guru baru di SK Belimbing Dalam untuk sesi persekolahan tahun 2013...Selamat Datang kepada En Muhammad Hairil Azwan Bin Ramli yang menggantikan Pn Rosemawati Bte Shafie yang telah berpindah ke Pahang.
 
En Azwan nie berasal dari Kedah. Telah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata...Sebelum ini berkhidmat di sebuah sekolah di Negeri Perak..Dengan opsyen Kajian Sosial beliau akan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, Kemahiran Hidup, Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik...Juga dilantik sebagai Guru Media dan Pusat Sumber Sekolah.
 
أهلاً وسهلاً ومرحباً بكَ

Wednesday, December 19, 2012

Senarai murid yang dapat tawaran sekolah aliran Agama...2013

Assalamualaikum WBT...
Warga SKBD mengucapkan sekalung TAHNIAH kepada murid-murid yang ditawarkan ke Tingkatan 1 Aliran Agama sesi 2013...
 
 
BIL
NAMA PELAJAR
JAWATAN
1.
MUHAMMAD AL-AFIQ BIN AMIRUDDIN
SMKA SULTAN MUHAMMAD
2.
MUHAMMAD AZMIN BIN ABD AZIZ
SMK MUNSHI ABDULLAH
3.
MUHAMMAD ZAKWAN BIN AZMAN
SMA AL-ASYRAF PULAU SEBANG
4.
MUHAMMAD ISKANDAR BIN BADROLHISHAM
SMA AL-AHMADI SG UDANG
5.
MUHAMMAD RAZMAN BIN KAMAT@ABDULLAH
SMK DATO' DOL SAID
6.
SYARIFAH NUR IZZATI IMAN BTE SYED RAMLI
SMKA SYARIFAH RODZIAH
7.
ANIS FASIHAH BTE AZAHAR
SMA AL-AHMADI SG UDANG

 
       TAHNIAH juga kepada murid yang berjaya ditawarkan ke SBPI dan Sekolah Sukan Melaka...
 
  1. EZAM ASHRAF AL-ILAMI BIN JAMIL   - SBPI Selandar
  2. MUHAMMAD AFIF AZFAR BIN SALIM - Sekolah Sukan Seri Kota Melaka
  3. MUHAMMAD ZAKWAN BIN AZMAN    - Sekolah Sukan Seri Kota Melaka
 
TAHNIAH dan teruskan kecemerlangan anda di sekolah menengah pula...ALL THE BEST!!!
 


Thursday, December 13, 2012

TAHNIAH Ustzh Zainorhanim...dapat baby gegurl..

Assalamualaikum WBT
 
Warga SKBD mengucapkan sekalung TAHNIAH kepada Ustazah Zainorhanim Bte Zainal di atas kelahiran cahaya mata ke-4 pada 19 Nov 2012(Isnin). Cahaya mata ke-4 ini adalah seorang puteri dengan berat 3.27kg.
 
Semoga dengan kehadiran puteri comel ini akan menambahkan rezeki Ustazah Hanim sekeluarga dan menceriakan lagi perjalanan penghidupan dengan Redha Allah selalu...ameen...TAHNIAH

Thursday, November 29, 2012

Selamat Datang...Pembantu Tadbir N17

Assalamualaikum WBT...
 
Pada 20 November 2012, SKBD telah menerima seorang staff baru yang merupakan Pembantu Tadbir N17 dihantar ke seluruh sekolah bagi tujuan membantu dan meringankan tugas guru sekarang yang terbeban dengan tugasan tambahan dalam perkeranian...
 
Selamat datang diucapkan kepada Cik Nurafiqah yang tinggal di Batu Berendam. Semoga kehadiran Cik Fiqa dapat melicinkan perjalanan persekolahan untuk sesi 2013 nanti...InsyaAllah
 
اهلاً وسهلاً ومرحباًبكِ
 
 

Thursday, November 22, 2012

Sumbangan kepada mangsa banjir...

 YB Datuk Hj Abd Wahab B. Hj Abd Latip...ADUN Durian Tunggal sanggup turun padang untuk menziarahi mangsa banjir di sekitar Kg. Belimbing...

Beberapa agensi kerajaan dari pelbagai unit juga turut memberi khidmat kebajikan kepada mangsa banjir di kantin SKBD...

Turut hadir pada hari Rabu (21.11.2012) ialah isteri kepada Ketua Menteri Melaka dan beberapa wakil NGO yang lain...

Tuesday, November 20, 2012

Pusat Pemindahan Banjir 2012

Assalamualaikum WBT...
Untuk makluman pembaca Blog SKBD...semalam (19.11.2012-Isnin) kira-kira jam 8.30 malam, Dewan SKBD telah digunakan sebagai Pusat Pemindahan Banjir kepada mangsa banjir sekitar Kg. Belimbing...
Bermula dengan 5 keluarga sahaja, bertambah kepada lebih kurang 18 keluarga pada jam 1.00 pagi dan terkini kira-kira jam 12.45 tengahari 20.11.2012 (Selasa) sebanyak 30 keluarga dengan jumlah penduduk seramai 119 orang dari pelbagai lapisan umur telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir SKBD rentetan daripada hujan lebat yang berterusan semalam...
Semoga semua mangsa banjir tabah menghadapi ujian yang menimpa dan redha dengan ketentuan dari Allah...Wallahu A'lam


Kelas di bangunan Blok A menjadi Pusat Pemindahan Mangsa Banjir tahun 2012 ini

Murid Cemerlang UPSR 2012

 NUR AZHANI BTE MUHAMAD
5A UPSR 2012
 
 EZAM ASYRAF AL-ILAMI BIN JAMIL
5A 2012
 
SYARIFAH NUR IZZATI IMAN BTE SYED RAMLI
5A 2012

Untuk 4A 1B...TAHNIAH diucapkan kepada NUR FARAH AISYAH BTE IQBAL, MUHAMMAD AL-AFIQ B. AMIRUDDIN dan NOOR SHYAHDA BTE BADRUZZAMAN
 
TAHNIAH kepada mereka yang berjaya...Semoga terus cemerlang di peringkat PMR dan SPM pula...

 


Result UPSR 2012 diumumkan...

 Murid-murid Tahun 6 2012 sedang menanti pengumuman keputusan UPSR oleh GB, Pn Hjh Ratipah Bte Joned pada 19 November 2012 (Isnin) kira2 jam 11.45 pagi...

Ezam Asyraf Al-Ilami B. Jamil...salah seorang murid SKBD yang memperolehi 5A dalam UPSR 2012...

Sunday, November 18, 2012

Salam Awal Muharam 1434H

Admin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam 1434H...Semoga tahun baru hijrah ini akan memberi kita semangat untuk terus berusaha ke arah kejayaan dunia mahupun akhirat...
 
"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

TAHNIAH Ustzh Wan Aminah...di atas kelahiran baby pertama...

Anak sulung Ustazah Wan Aminah Bte Wan Husein
 
Anak sulung Ustazah Wan Aminah yang dilahirkan pada 23 September 2012
 
TAHNIAH diucapkan...Semoga kehadiran cahaya mata ini akan menyerikan lagi rumahtangga kalian...
 

Sunday, November 11, 2012

Tokoh Pelajar 2012

 Muhammad Azmin B. Abd Aziz
Tokoh Akademik (Lelaki) 2012
 
 Syarifah Nur Izzati Iman Bte Syed Ramli
Tokoh Akademik (Perempuan) 2012
 
Muhammad Azry B. Faizal
Tokoh Kokurikulum 2012
 
TAHNIAH diucapkan kepada pelajar yang terpilih untuk anugerah 2012


Hari Anugerah Kecemerlangan & Konvokesyen Pra 2012

 















Tuesday, November 6, 2012

Majlis Khatam al-Quran SKBD 2012

 Majlis Khatam al-Quran SKBD tahun 2012 telah diadakan pada 5 November 2012 (Isnin) bermula jam 11.00 pagi. Majlis tersebut diadakan sepanjang tahun bagi meraikan murid2 SKBD yang telah khatam bacaan al-Quran sebelum melangkahkan kaki ke sekolah menengah...Tahun 2012 ini, seramai 10 orang murid Tahun 6 telah tamat bacaan al-Quran dengan jayanya...Majlis tersebut dipimpin oleh Ustaz Helmirizal Bin Che Long.
 
 Pn Hjh Ratipah, Pn Mulyate, Pn Rahimah dan beberapa guru juga turut menyertai khatam al-Quran tersebut bersama murid2 lain...
 
 5 orang dari kalangan pelajar perempuan yang telah khatam al-Quran sepanjang berada di SKBD...Tahniah diucapkan...
 
Murid Tahun 5 dan 6 yang lain sama-sama mengimarahkan majlis khatam dengan membaca surah lazim bersama rakan-rakan yang dirai di atas pentas...
 
Untuk makluman semua pembaca blog...semua murid Tahun 6 dan Tahun 5 2012 telah khatam al-Quran secara tidak rasmi melalui BIG bersama guru agama...TAHNIAH diucapkan!!
 


Saturday, November 3, 2012

Program ICT bersama penuntut UTeM Melaka

Pada 2 November 2012 yang lalu (Jumaat), beberapa penuntut dari Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) telah mengadakan program ICT kepada murid-murid tahun 6 khasnya...Program tersebut diadakan di Makmal Komputer SK Belimbing Dalam bermula jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari.
 
SYABAS dan TAHNIAH kepada pihak UTeM dan SKBD di atas kerjasama dalam menjayakan program tersebut...

Tuesday, October 30, 2012

Terima kasih atas khidmat baktimu di SKBD...

 Pn Rosemawati Bte Shafie
Telah berkhidmat di SKBD selama 10 tahun 
Mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6 dan Tahun 4

Pn Safarina Bte Ujang
Telah berkhidmat di SKBD selama 2 tahun
Mengajar mata pelajaran agama Islam kelas Pendidikan Khas dan Pra Sekolah

Terima kasih atas khidmat bakti kalian dalam mendidik dan mengajar murid2 SKBD menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat...Selamat berkhidmat di sekolah baru dengan penuh dedikasi demi anak bangsa tercinta ye...مع السلامة 

Sunday, October 28, 2012

Salam Aidiladha 1433H

Warga SKBD mengucapkan selamat hari raya Aidiladha 1433H...كل عام وأنتم بخير 

Thursday, October 25, 2012

Ceramah Awal Remaja 2012

Antara slot yang disampaikan oleh En Anuar B. Rosli dalam ceramah awal remaja kepada murid tahun 4,5 dan 6 SK Belimbing Dalam 2012

Aktiviti membasuh khemah selepas jamboree...

 Bersungguh-sungguh budak2 jamboree nie membasuh khemah...nak buat camane hari pertama dah hujan lebat...habis kotor khemah...hehe
 





Majlis Penyampaian Sijil Pengakap Jambore JOTA JOTI 2012

 Ketua sekawan...Muhammad Arif B. Abd Razak
 
 Muhammad Afif Azfar B. Salim
 
 Ezam Asyraf Al-Ilami B. Jamil

 Muhammad Zakwan B. Azman
 
Muhammad Iskandar B. Badrolhisham


Tuesday, October 23, 2012

Jamboree Pengakap JOTA JOTI Dunia 2012

19, 20 & 21 Oktober 2012 yang lalu, Unit Pengakap telah menghantar 5 orang wakil pelajar Tahun 6 dan seorang guru ke Jamboree Pengakap JOTA (Jamboree On The Air) dan JOTI (Jamboree On The Internet) Dunia di Kem Pengakap Bukit Katil Melaka.
 
Pelbagai aktiviti baru yang belum pernah murid pengakap SKBD ceburi didedahkan di sana. Antaranya phonetic alphabet, QSO di radio dua hala, morsecode, semaphore, eyeball callsign dan sebagainya...Aktiviti paling menyeronokkan adalah QSO radio dua hala yang mana peserta diberi peluang berkomunikasi dengan team pengakap luar negara...TAHNIAH diucapkan...
 
Sijil JOTA JOTI 2012 dan lencana Jamboree...