Tuesday, October 30, 2012

Terima kasih atas khidmat baktimu di SKBD...

 Pn Rosemawati Bte Shafie
Telah berkhidmat di SKBD selama 10 tahun 
Mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6 dan Tahun 4

Pn Safarina Bte Ujang
Telah berkhidmat di SKBD selama 2 tahun
Mengajar mata pelajaran agama Islam kelas Pendidikan Khas dan Pra Sekolah

Terima kasih atas khidmat bakti kalian dalam mendidik dan mengajar murid2 SKBD menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat...Selamat berkhidmat di sekolah baru dengan penuh dedikasi demi anak bangsa tercinta ye...مع السلامة 

Sunday, October 28, 2012

Salam Aidiladha 1433H

Warga SKBD mengucapkan selamat hari raya Aidiladha 1433H...كل عام وأنتم بخير 

Thursday, October 25, 2012

Ceramah Awal Remaja 2012

Antara slot yang disampaikan oleh En Anuar B. Rosli dalam ceramah awal remaja kepada murid tahun 4,5 dan 6 SK Belimbing Dalam 2012

Aktiviti membasuh khemah selepas jamboree...

 Bersungguh-sungguh budak2 jamboree nie membasuh khemah...nak buat camane hari pertama dah hujan lebat...habis kotor khemah...hehe
 





Majlis Penyampaian Sijil Pengakap Jambore JOTA JOTI 2012

 Ketua sekawan...Muhammad Arif B. Abd Razak
 
 Muhammad Afif Azfar B. Salim
 
 Ezam Asyraf Al-Ilami B. Jamil

 Muhammad Zakwan B. Azman
 
Muhammad Iskandar B. Badrolhisham


Tuesday, October 23, 2012

Jamboree Pengakap JOTA JOTI Dunia 2012

19, 20 & 21 Oktober 2012 yang lalu, Unit Pengakap telah menghantar 5 orang wakil pelajar Tahun 6 dan seorang guru ke Jamboree Pengakap JOTA (Jamboree On The Air) dan JOTI (Jamboree On The Internet) Dunia di Kem Pengakap Bukit Katil Melaka.
 
Pelbagai aktiviti baru yang belum pernah murid pengakap SKBD ceburi didedahkan di sana. Antaranya phonetic alphabet, QSO di radio dua hala, morsecode, semaphore, eyeball callsign dan sebagainya...Aktiviti paling menyeronokkan adalah QSO radio dua hala yang mana peserta diberi peluang berkomunikasi dengan team pengakap luar negara...TAHNIAH diucapkan...
 
Sijil JOTA JOTI 2012 dan lencana Jamboree...

 

Wednesday, October 17, 2012

Peperiksaan Akhir Tahun 2012...dah bermula

Semoga berjaya dan selamat menjawab dengan baik dan tenang...kepada semua murid SKBD yang menduduki peperiksaan akhir tahun bermula 16.10.2012 (Selasa) hingga 19.10.2012 (Jumaat)...

Sunday, October 14, 2012

Aktiviti selepas UPSR 2012

Murid tahun 6 tekun menggembur tanah untuk bercucuk tanam...salah satu daripada aktiviti selepas UPSR tahun 2012...
 
P/s : Ape la yang bujang2 tahun 6 tu nak tanam ek agar dorang pun dapat rasa hasil tanaman mereka berbaki sebulan je lagi di SKBD nie...

KBS 3 2012

22 Sept 2012 (Sabtu)
 






Sunday, October 7, 2012

LDP ke-6 at Makmal Komputer

6 Oktober 2012 bertempat di Makmal Komputer SKBD telah diadakan kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) terakhir berbentuk ceramah motivasi dan in-house trainning KSSR Tahun 3 2013...
 
Seramai 30 orang peserta dari kalangan guru dan staff sekolah menyertai kursus WAJIB itu...Ceramah motivasi bertajuk "BINA HATI CEMERLANG" disampaikan oleh Ust Mohd Fakrullah B. Zainul Sharudin dari YaPEIM Malaysia...
 
Kursus bermula jam 8.15 pagi dan tamat jam 12.30 tengahari...TAHNIAH diucapkan kepada semua peserta...

Tuesday, October 2, 2012

Lanskap PPKI 2012

 Guru2 dan murid-murid Pendidikan Khas Integrasi bergotong-royong membuat lanskap keceriaan di hadapan kelas mereka...
 
Sekolah cantik memupuk minat murid untuk terus berusaha...
"Usaha Pasti Jaya"