Tuesday, June 12, 2012

Gotong-royong menceriakan tandas

12.06.2012 - 4.00 petang...Unit 3K SKBD telah mengadakan gotong-royong untuk menceriakan tandas sekolah...Ber"motto"kan TANDAS BERSIH SKBD SEJAHTERA, Unit 3K telah melancarkan 'tandas angkat' dengan membahagikan kepada beberapa kumpulan dikalangan guru dan staf SKBD...Jadi marilah kita sama-sama berganding bahu memastikan tandas sekolah kita sentiasa bersih, ceria dan memberi keselesaan untuk warga SKBD menggunakannya...Terima kasih kepada semua yang menjayakannya...

Selamat Bertugas di Sekolah Baru...Cik Kamalacy

Assalamualaikum WBT
Makluman kepada semua warga SKBD...bahawa kita telah kehilangan seorang guru berkemahiran dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris iaitu Cik Kamalacy. Beliau telah berpindah dan berkhidmat di SK Cheng pada hari pertama persekolahan penggal ke-2 (11.06.2012) selepas cuti pertengahan tahun...

Terima kasih atas jasa dan pengorbanan Cik Kamalacy sepanjang berkhidmat di SKBD ini...JASAMU TETAP DIKENANG...

Dimaklumkan guru yang akan menggantikan tempat Cik Kamalacy adalah seorang guru dari SK Cherana Puteh...yang mana beliau sekarang sedang cuti bersalin...

Selamat kembali ke sekolah...Penggal ke-2

Assalamualaikum WBT...Suka untuk Admin mengucapkan dan mengalu-alukan kehadiran murid-murid SKBD ke sekolah bagi meneruskan sesi pembelajaran semester kedua ini selepas 2 minggu bercuti...diharap sekembalinya ke sekolah penggal kedua ini akan menitipkan semangat untuk terus berusaha bagi menimba ilmu di SKBD tercinta ini...Terutamanya kepada murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan penting tahun 2012 ini...USAHA PASTI JAYA