Wednesday, September 26, 2012

Latihan dan pemilihan sukantara 2012

Pada 18 September 2012 dan 25 September 2012, Unit kokurikulum telah mengadakan latihan sukantara untuk murid tahun 4, 5 dan 6. Pemilihan tersebut dijalankan pada waktu kegiatan kokurikulum petang setiap hari Selasa.
 
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti latihan lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru dan ujian masa larian 100m.
 
Sukantara sebenar akan dijalankan pada 27 dan 28 September 2012 iaitu hari Khamis dan Jumaat. Semoga aktiviti kesukanan ini akan memupuk minat murid dalam bidang kokurikulum selari dengan bidang akademik yang dititik beratkan oleh pihak sekolah...
 
العقل السليم في الجسم السليم