Thursday, November 29, 2012

Selamat Datang...Pembantu Tadbir N17

Assalamualaikum WBT...
 
Pada 20 November 2012, SKBD telah menerima seorang staff baru yang merupakan Pembantu Tadbir N17 dihantar ke seluruh sekolah bagi tujuan membantu dan meringankan tugas guru sekarang yang terbeban dengan tugasan tambahan dalam perkeranian...
 
Selamat datang diucapkan kepada Cik Nurafiqah yang tinggal di Batu Berendam. Semoga kehadiran Cik Fiqa dapat melicinkan perjalanan persekolahan untuk sesi 2013 nanti...InsyaAllah
 
اهلاً وسهلاً ومرحباًبكِ
 
 

Thursday, November 22, 2012

Sumbangan kepada mangsa banjir...

 YB Datuk Hj Abd Wahab B. Hj Abd Latip...ADUN Durian Tunggal sanggup turun padang untuk menziarahi mangsa banjir di sekitar Kg. Belimbing...

Beberapa agensi kerajaan dari pelbagai unit juga turut memberi khidmat kebajikan kepada mangsa banjir di kantin SKBD...

Turut hadir pada hari Rabu (21.11.2012) ialah isteri kepada Ketua Menteri Melaka dan beberapa wakil NGO yang lain...

Tuesday, November 20, 2012

Pusat Pemindahan Banjir 2012

Assalamualaikum WBT...
Untuk makluman pembaca Blog SKBD...semalam (19.11.2012-Isnin) kira-kira jam 8.30 malam, Dewan SKBD telah digunakan sebagai Pusat Pemindahan Banjir kepada mangsa banjir sekitar Kg. Belimbing...
Bermula dengan 5 keluarga sahaja, bertambah kepada lebih kurang 18 keluarga pada jam 1.00 pagi dan terkini kira-kira jam 12.45 tengahari 20.11.2012 (Selasa) sebanyak 30 keluarga dengan jumlah penduduk seramai 119 orang dari pelbagai lapisan umur telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir SKBD rentetan daripada hujan lebat yang berterusan semalam...
Semoga semua mangsa banjir tabah menghadapi ujian yang menimpa dan redha dengan ketentuan dari Allah...Wallahu A'lam


Kelas di bangunan Blok A menjadi Pusat Pemindahan Mangsa Banjir tahun 2012 ini

Murid Cemerlang UPSR 2012

 NUR AZHANI BTE MUHAMAD
5A UPSR 2012
 
 EZAM ASYRAF AL-ILAMI BIN JAMIL
5A 2012
 
SYARIFAH NUR IZZATI IMAN BTE SYED RAMLI
5A 2012

Untuk 4A 1B...TAHNIAH diucapkan kepada NUR FARAH AISYAH BTE IQBAL, MUHAMMAD AL-AFIQ B. AMIRUDDIN dan NOOR SHYAHDA BTE BADRUZZAMAN
 
TAHNIAH kepada mereka yang berjaya...Semoga terus cemerlang di peringkat PMR dan SPM pula...

 


Result UPSR 2012 diumumkan...

 Murid-murid Tahun 6 2012 sedang menanti pengumuman keputusan UPSR oleh GB, Pn Hjh Ratipah Bte Joned pada 19 November 2012 (Isnin) kira2 jam 11.45 pagi...

Ezam Asyraf Al-Ilami B. Jamil...salah seorang murid SKBD yang memperolehi 5A dalam UPSR 2012...

Sunday, November 18, 2012

Salam Awal Muharam 1434H

Admin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam 1434H...Semoga tahun baru hijrah ini akan memberi kita semangat untuk terus berusaha ke arah kejayaan dunia mahupun akhirat...
 
"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

TAHNIAH Ustzh Wan Aminah...di atas kelahiran baby pertama...

Anak sulung Ustazah Wan Aminah Bte Wan Husein
 
Anak sulung Ustazah Wan Aminah yang dilahirkan pada 23 September 2012
 
TAHNIAH diucapkan...Semoga kehadiran cahaya mata ini akan menyerikan lagi rumahtangga kalian...
 

Sunday, November 11, 2012

Tokoh Pelajar 2012

 Muhammad Azmin B. Abd Aziz
Tokoh Akademik (Lelaki) 2012
 
 Syarifah Nur Izzati Iman Bte Syed Ramli
Tokoh Akademik (Perempuan) 2012
 
Muhammad Azry B. Faizal
Tokoh Kokurikulum 2012
 
TAHNIAH diucapkan kepada pelajar yang terpilih untuk anugerah 2012


Hari Anugerah Kecemerlangan & Konvokesyen Pra 2012

 















Tuesday, November 6, 2012

Majlis Khatam al-Quran SKBD 2012

 Majlis Khatam al-Quran SKBD tahun 2012 telah diadakan pada 5 November 2012 (Isnin) bermula jam 11.00 pagi. Majlis tersebut diadakan sepanjang tahun bagi meraikan murid2 SKBD yang telah khatam bacaan al-Quran sebelum melangkahkan kaki ke sekolah menengah...Tahun 2012 ini, seramai 10 orang murid Tahun 6 telah tamat bacaan al-Quran dengan jayanya...Majlis tersebut dipimpin oleh Ustaz Helmirizal Bin Che Long.
 
 Pn Hjh Ratipah, Pn Mulyate, Pn Rahimah dan beberapa guru juga turut menyertai khatam al-Quran tersebut bersama murid2 lain...
 
 5 orang dari kalangan pelajar perempuan yang telah khatam al-Quran sepanjang berada di SKBD...Tahniah diucapkan...
 
Murid Tahun 5 dan 6 yang lain sama-sama mengimarahkan majlis khatam dengan membaca surah lazim bersama rakan-rakan yang dirai di atas pentas...
 
Untuk makluman semua pembaca blog...semua murid Tahun 6 dan Tahun 5 2012 telah khatam al-Quran secara tidak rasmi melalui BIG bersama guru agama...TAHNIAH diucapkan!!
 


Saturday, November 3, 2012

Program ICT bersama penuntut UTeM Melaka

Pada 2 November 2012 yang lalu (Jumaat), beberapa penuntut dari Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) telah mengadakan program ICT kepada murid-murid tahun 6 khasnya...Program tersebut diadakan di Makmal Komputer SK Belimbing Dalam bermula jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari.
 
SYABAS dan TAHNIAH kepada pihak UTeM dan SKBD di atas kerjasama dalam menjayakan program tersebut...