Monday, January 28, 2013

LDP 2 : Motivasi Keibubapaan dan Penyerahan Bantuan Persekolahan 2013

Assalamualaikum WBT...
Pada 26 Januari 2013, Unit Bimbingan dan Kaunseling SKBD dengan kerjasama Unit HEM telah mengadakan Motivasi Keibubapaan dan Penyerahan Bantuan Persekolahan 2013 iaitu sebanyak RM100 seorang. Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Hj Abd Wahab B. Hj Abd Latip, ADUN Kawasan Durian Tunggal.

 Motivator berpengalaman

Pn Hjh Ratipah Bt. Joned (Guru Besar SKBD) memberikan ucapan dan perkembangan sekolah kepada hadirin yang hadir sebelum motivasi bermula

Sambutan daripada ibu bapa / penjaga menggalakkan dalam ceramah motivasi keibubapaan tahun ini

Selamat Datang Guru Praktikum IPGM KPM

Assalamualaikum WBT...
Warga SKBD mengalu-alukan kehadiran dua orang guru pelatih dari IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka pada 21 Januari 2013. Kedua-dua mereka merupakan guru pemulihan khas dan matematik yang akan menjalani praktikum selama 3 bulan di SKBD ini.

Cikgu Nik Faiznur

Cikgu Yazmin


Friday, January 25, 2013

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H

Admin mewakili barisan guru-guru SKBD mengucapkan Selamat Bercuti dan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H kepada seluruh warga SKBD...Marilah sama-sama kita meneladani sirah Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW dan mencontohi akhlak Baginda dalam membentuk keperibadian kita sebagai seorang Muslim yang beriman kepada Allah SWT...

Salam Maulidur Rasul dan Selamat Bercuti...

Monday, January 21, 2013

Gotong-royong upgrade Bilik Guru SKBD

 Guru-guru berganding bahu mengemas bilik guru SKBD...walaupun guru tersebut tidak duduk di situ...

 Sebahagian menukar sarung kusyen, memasukkan hook langsir untuk digantung oleh guru lelaki...hehe

 Mengemas tempat masing-masing...hehe


Mewujudkan meja panjang untuk kemudahan guru-guru membuat kerja dan mesyuarat panitia
Gotong-royong ini dijalankan selepas selesai LDP 1 pada 19.01.2013 (Sabtu) kira-kira jam 12.30 tghari...

Bahagian keceriaan / mural akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Kelab Staff 2013...TAHNIAH SKBD!!


LDP 1 : SKPM & PENGURUSAN PANITIA

 Penceramah 1 : En Ikhwan B. Ali, Nazir Sekolah KPM

Guru-guru SKBD tekun mendengar ceramah mengenai SKPM...Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
yang diadakan pada 19.01.2013 (Sabtu) di Bilik Gerakan SKBD.

 Penceramah dan semua guru sedang menikmati juadah selepas selesai ceramah

Thursday, January 17, 2013

Perasmian Penutup Minggu Transisi 2013

Assalamualaikum WBT...

14 Januari 2013 juga telah diadakan satu program tahunan yang dijalankan pada awal sesi persekolahan, iaitu Pelancaran Penutup minggu Transisi murid Tahun 1. Yang mana pada tahun ini kita dapat saksikan pelbagai kemahiran yang dikuasai oleh anak-anak Tahun 1 dalam masa 2 minggu persekolahan sahaja. Ada yang berbakat dalam pantun, membaca petikan pendek dalam Bahasa Melayu dengan lancar dan mampu membaca Iqra' 4 & 5 dengan jelas. Persembahan penutup dari anak-anak Tahun 1 2013 ini ialah menyanyikan lagu tema murid baru SKBD...hehe

TAHNIAH dan SYABAS kepada semua guru!!

Pelancaran Majlis Jom Pergi Sekolah 2013

Assalamualaikum WBT...

Pada 14 Januari 2013 (Isnin) iaitu minggu ke-3 persekolahan, Unit Bimbingan dan Kaunseling SKBD dengan kerjasama Unit Disiplin dan HEM telah melancarkan program Jom Pergi Sekolah dan Pelancaran Pas Keluar Kelas sesi 2013.

Pelancaran tersebut adalah bertujuan untuk menarik minat murid hadir ke sekolah setiap hari dan mengurangkan atau sifar ponteng untuk tahun ini. Penggunaan pas keluar kelas pula bertujuan untuk mengelakkan murid sering keluar masuk kelas semasa P&P dijalankan.

Diharapkan tahun 2013 ini akan memberi semangat dan sinar baru dalam diri murid2 SKBD semua...InsyaAllah...Ameen

Wednesday, January 9, 2013

Mesyuarat Agung Unit Kokurikulum 2013

Assalamualaikum WBT...

Sukacita dimaklumkan bahawa pada minggu ini akan diadakan Mesyuarat Agong seperti ketetapan berikut :

1) 8.01.2013 (Selasa) - Persatuan/ Kelab
2) 9.01.2013 (Rabu) - Unit Beruniform
3) 10.01.2013 (Khamis) - Permainan

Tempat mesyuarat : Akan dimaklumkan di tapak perhimpunan
Masa : 12.40 - 1.10 petang

Diharapkan semua murid dan guru penasihat dapat membuat pelantikan jawatankuasa dan perancangan aktiviti untuk sesi 2013 ini. Sekian, harap maklum...

Tuesday, January 8, 2013

Mesyuarat Badan Pengawas kali 1/2013

Mesyuarat diadakan pada 4 Januari 2013 di Bilik Kemahiran Hidup SKBD...

 Pengawas lantikan 2013...terdiri daripada murid Tahun 4

 Antara murid lelaki yang menjawat jawatan pengawas

Guru Disiplin dan jawatankuasa pengawas sesi 2013

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2013

 Murid Kelas 1 Arif 2013

Murid Kelas 1 Budiman 2013

Semoga sentiasa bersemangat untuk ke sekolah ye anak2 Tahun 1...hehe

Sunday, January 6, 2013

Datang dengan Harapan, Pulang dengan Kejayaan

 Banner SKBD...mengalukan kehadiran murid2 ke sekolah sesi 2013

 Program guru penyayang...Guru menyambut kehadiran murid di pintu pagar sekolah pada awal pagi...

 Minggu pertama persekolahan...2-4 Januari 2013
Cikgu Norashikin, Ustaz Helmirizal dan Cikgu Salim (menguruskan perhimpunan pagi)...bertugas minggu pertama persekolahan 2013...

Hari Jualan Buku...sesi 2013

 Cikgu Suryahana dan Cikgu Norliaton, masing2 guru kelas tahun 3A & 3B sedang menanti kehadiran ibu bapa/ penjaga untuk membeli buku dan membayar yuran persekolahan untuk sesi 2013

 Kaunter pembayaran yuran dan buku sesi 2013 dibuka mengikut kelas...Pembayaran yuran ini diadakan pada 31.12.2012 selepas selesai Taklimat dan orentasi murid Tahun 1 dan Pra Sekolah...

 Kelas Pra A

 Kelas Pra B

 Kelas 1 Budiman

Kelas 1 Arif 

Salam Tahun Baru 2013...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013...Semoga dengan kehadiran tahun baru 2013 ini akan memberi semangat dan keazaman kepada kita semua untuk terus berusaha agar berjaya bukan sahaja di dunia...malah di akhirat juga...

Betulkan niat...
Bulatkan keazaman...
Tekadkan kesungguhan...

Hasilnya Kejayaan dunia akhirat...Insya Allah...Ameen...