Thursday, February 28, 2013

Merentas Desa Negeri - Syazwana ke-13

Assalamualaikum WBT...
Admin dan warga SKBD mengucapkan sekalung TAHNIAH kepada NUR SYAZWANA BTE SYAMSUL di atas kejayaan menduduki tempat ke-13 Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri Melaka. Ia merupakan satu tahap terbaik buat pelajar SKBD...Manakala Rabiatul Adawiyah Bte Azmidi menduduki tempat ke-25...

Diharapkan pada tahun akan datang, lebih ramai lagi pelajar SKBD akan mengharumkan nama sekolah di persada Negeri Melaka...InsyaAllah

Kebersihan Kelas minggu ke-8

Tahap 1 masih lagi diungguli oleh Kelas 1 Arif

Manakala Tahap 2 dirampas pula oleh Kelas 5 Budiman

TAHNIAH diucapkan...keep it up  to all other class...hehe

Sunday, February 24, 2013

Merentas Desa - 2 ke peringkat Negeri

Assalamualaikum WBT

Warga SKBD mengucapkan TAHNIAH kepada adik Nur Syazwana Bte Syamsul dan Rabiatul Adawiyah Bte Azmidi di atas kejayaan merangkul 20 tempat terbaik acara merentas desa peringkat kawasan Alor Gajah dan akan mewakili AG ke peringkat Negeri pada 23.02.2013 di SMK Telok Mas Merlimau Melaka.

Nur Syazwana menduduki tempat ke-9 manakala Rabiatul Adawiyah ke-11 bertempat di SK Lesong Batu pada 9.02.2013 yang lalu. Tahniah sekali lagi...

Syazwana Syamsul

Tuesday, February 19, 2013

1 Arif masih unggul...6 Arif pula menyerlah

Assalamualaikum WBT...
Minggu ke-7 persekolahan untuk sesi 2013. Berikut adalah rekod pencapaian kelas terbersih dan ceria untuk beberapa minggu sebelum ini.

Minggu ke-3 : 
Tahap 1 : 1 Budiman
Tahap 2 : 5 Budiman


Minggu ke-4 : 
Tahap 1 : 1 Arif
Tahap 2 : 5 Budiman


Minggu ke-5 : 
Tahap 1 : 1 Arif
Tahap 2 : 5 Budiman


Minggu ke-6
Tahap 1 : 1 Arif
Tahap 2 : 5 Budiman


Minggu ke-7 : 
Tahap 1 : 1 Arif
Tahap 2 : 6 Arif

Rekod 5 Budimna untuk minggu ke-7 ini telah dirampas oleh kelas 6 Arif...Semoga persaingan secara sihat ini akan berterusan dan pemangkin semangat kepada kelas-kelas lain untuk terus ceria dan bersih setiap masa...kerana النَّظَافَةُ مِنَ الإِيمَان (KEBERSIHAN it usebahagian daripada IMAN)




Sunday, February 17, 2013

Watikah Pelantikan Pengawas 2013

Assalamualaikum WBT...
Unit HEM dengan kerjasama Unit Disiplin Sekolah, PSS dan SPBT telah menganjurkan satu majlis iaitu Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakaan, Pengawas SPBT, Ketua dan Penolong Ketua Kelas pada 4 Febuari 2013 (Isnin) bertempat di Dewan SKBD.

Unit Disiplin telah menjemput wakil daripada Bahagian Penjara, Sungai Udang Melaka untuk menyampaikan watikah kepada murid-murid yang terpilih menjawat jawatan untuk sesi 2013 ini.

 Pengerusi Majlis (Pn Norlizawati Bt. Sujak)
  
Ucapan dari Guru Besar SKBD (Pn Hjh Ratipah Bt. Joned)

Ucapan wakil dari Penjara Sungai Udang Melaka

 Lafaz ikrar yang diketuai oleh Ketua Pengawas 2013 (Arif Haikal Iskandar B. Mohd Zahurin)

 Penyampaian sijil dan watikah

Penyampaian sijil dan watikah

 Barisan Kepimpinan Pengawas Sekolah 2013 dan Guru Penasihat

 Barisan Kepimpinan Pengawas SPBT 2013 dan Guru Penasihat

 Barisan Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber 2013 dan Guru Penasihat

Program Kaunseling Bersama JPM

Assalamualaikum WBT...
Pada 13 Febuari 2013 (Rabu), pihak sekolah telah menganjurkan satu program untuk guru-guru SKBD iaitu Program Kaunseling Bersama Jabatan Pelajaran Melaka.  Dalam program tersebut banyak menyentuh mengenai etika keguruan dan ciri-ciri guru cemerlang.

Program bermula pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang, bertempat di Bilik Gerakan SKBD.

Sunday, February 10, 2013

KBS 1 2013-Murid Tahap 1


Murid2 sedang menjamu selera (makan tengahari) sebelum memulakan kem...KBS 1 2013 untuk murid Tahap 1 ini dijalankan pada 5 Feb 2013(Selasa) dengan kerjasama tenaga pengajar dari SRA JAIM Belimbing Dalam...

Gong Xi Fa Cai...2013

Warga SKBD mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh penduduk kampung Belimbing Dalam yang beragama cina khasnya dan rakyat Malaysia amnya...GONG XI FA CAI

Di sini Admin juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh warga SKBD bermula 9.2.2013 sampai hari Selasa 12.2.2013. Hati-hati di jalanraya bagi mereka yang akan bermusafir jauh...Semoga selamat pergi dan balik...Ameen

Sunday, February 3, 2013

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SKBD 1434H

Assalamualaikum WBT...

Pada 1 Febuari 2013 (Jumaat) bersamaan 19 Rabiul Awwal 1434H, Panitia Agama SKBD telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H di Dataran SKBD...Program dimulakan dengan bacaan Yaasin seawal jam 7.15 pagi...Seterusnya ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Yang Berbahagia al-Fadhil Ustaz Ridhuan, Ketua Unit PIPA SPI Melaka. 

Majlis diakhiri dengan bacaan selawat beramai-ramai di perkarangan dataran. Alhamdulillah pada majlis ini, makanan untuk seluruh warga SKBD ditaja oleh beberapa penyumbang ikhlas dari penduduk kampung Belimbing yang juga merupakan ibu bapa/penjaga murid SKBD...Tidak lupa juga guru-guru yang memberi sumbangan ikhlas berupa wang ringgit mahupun tenaga dan beberapa pengurus dan usahawan dari SKBD...Usaha murni kalian hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya...Ameen

Berikut beberapa gambar ketika majlis...

 Murid-murid berhimpun selepas selesai bacaan Yaasin

Ustaz Ridzuan dari JPM Melaka

 Ustazah Rahimah Abd Rahim sebagai pengacara majlis

 Barisan guru dan murid-murid sedang berselawat ke atas Nabi SAW

Penyampaian saguhati kepada penceramah oleh Pn Guru Besar

Penceramah Ustaz Ridzuan duduk bersama para pentadbir sebelum majlis dimulakan

Ustaz Helmirizal mengepalai bacaan selawat atas Nabi SAW