Monday, April 29, 2013

Bola Tampar MSS Kawasan Alor Gajah - SKBD ke-4

Alhamdulillah...Buat julung kalinya SKBD menghantar pasukan Bola Tampar ke Kejohanan Bola Tampar MSS Kawasan Alor Gajah tahun 2013 ini...Dan penampilan sulung ini membuahkan kejayaan dengan mendapat tempat ke-4 peringkat kawasan...Berbekalkan latihan hanya setiap hari Ahad sahaja, untuk mengelak dari berlaku pertindihan latihan dengan permainan lain...

Alhamdulillah...Berkat usaha pengorbanan guru dan murid pada hujung minggu tersebut, team SKBD tidak pulang dengan tangan kosong, malah layak ke separuh akhir dan mendapat tempat ke-4...TAHNIAH diucapkan.

MTQSS Kawasan Alor Gajah...Hafazan ke-3

 Muhammad Munir B. Ismahisham mendapat tempat ke-3 dalam Hafazan MTQSS kawasan Alor Gajah yang berlangsung di SK Lendu tahun 2013 ini...

Nur Athirah Farhana Bt. Kassim pula mendapat tempat ke-3, Hafazan Perempuan MTQSS kawasan Alor Gajah

TAHNIAH diucapkan...semoga tahun hadapan akan beroleh kejayaan yang berlipat kali ganda lagi...Johan ke...Insya Allah...Ameen

Monday, April 22, 2013

TAHNIAH Cikgu Norhida...Dapat baby gegurl...hehe

Assalamualaikum WBT...
Warga SKBD mengucapkan sekalung Tahniah kepada Pn Norhida Bte Abu Bakar di atas kelahiran anakanda yang kedua merupakan seorang puteri...Dengar kata baby selamat lahir pada 10 April 2013...Semoga ibu dan baby gegurl sentiasa sihat walafiat dan diberkati Allah hendaknya...Ameen

Sunday, April 21, 2013

Hoki SKBD...juga JUARA Kawasan Alor Gajah

Assalamualaikum WBT...
Admin sekali lagi merakamkan jutaan TAHNIAH buat team hoki SKBD yang telah dinobatkan sebagai JUARA dalam Kejohanan Hoki MSSMNM Kawasan Alor Gajah untuk tahun 2013 ini...9 orang pemain kita telah terpilih untuk mewakili Alor Gajah ke Peringkat Negeri pula...CONGRATULATION to all hockey's team...hehe

Bola Baling SKBD...mengukir sejarah NAIB JUARA kawasan Alor Gajah

Assalamualaikum dan TAHNIAH diucapkan kepada team bola baling SKBD yang julung kalinya bergelar naib juara dalam Kejohanan Bola Baling MSSMNM Kawasan Alor Gajah...Ini merupakan pencapaian terbaik buat team Bola baling...KEEP IT UP...Moga tahun depan akan juara pula ye...hehe

Bola Jaring SKBD...JUARA tiga kali berturut-turut

Assalamualaikum WBT
Pada 16 & 17 April 2013, team bola jaring SKBD telah mengukir keJUARAan buat kali ketiga berturut-turut dalam Kejohanan Bola Jaring MSSMNM (R) Kawasan Alor Gajah. TAHNIAH diucapkan kepada jurulatih Pn Mona dan jenteranya, guru-guru dan pemain2 bola jaring yang cemerlang untuk kali yang ketiga tahun berturut2...SYABAS diucapkan...


Tuesday, April 16, 2013

Kebersihan Kelas Minggu 13

Minggu ke - 13
Masih lagi 3 Budiman yang mengungguli untuk Tahap 1 manakala 5 Budiman pula berjaya merampas dari 4 Arif untuk Tahap 2...TAHNIAH diucapkan...

Wednesday, April 10, 2013

Karnival Pendidikan Melaka 2013 - Dikir barat NAIB JUARA, Senam Tari Pra JUARA

TAHNIAH diucapkan kepada Pasukan Dikir Barat SKBD kerana berjaya menjadi NAIB JOHAN Pertandingan Dikir Barat Peringkat Negeri Melaka pada 5 April 2013 dan Pasukan Senam Tari Pra Sekolah SKBD yang telah dinobatkan sebagai JUARA Pertandingan Senam Tari Pra Sekolah Peringkat Negeri pada  6 April 2013.

Perkhemahan TKRS 2013

TAHNIAH kepada Muhammad Khairi Najmi B. Abd Wahid dan Nur Syazwana Bte Syamsul kerana telah mengikuti Perkhemahan Tahunan Tunas kadet Remaja Sekolah (TKRS) Tahun 2013 pada 4-7 Mac 2013 bertempat di Kem Pengakap Melaka di Bukit Katil...

Thursday, April 4, 2013

Pelancaran Guru Penyayang & Penyerahan Mentor Mentee

Assalamualaikum WBT...
Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit HEM Sekolah telah melancarkan Program Guru Penyayang dan Penyerahan Mentor Mentee pada 1 April 2013 (Isnin) bersamaan 19 Jamadil Awal 1434H.

 Guru Besar sedang berucap untuk merasmikan Program Guru Penyayang sesi 2013

 Seramai lebih 70 murid yang meraikan hari lahir dari bulan Januari - Mac 2013


Murid menerima hadiah hali lahir...

 Penyerahan Mentor Mentee tahun nie...


 Mentor bersalaman dengan mentee nye...hehe




Wednesday, April 3, 2013

Selamat Datang Guru Praktikum B.Melayu

Assalamualaikum WBT...
Pada 1 April 2013, SKBD lagi sekali dihadiri oleh 2 orang guru praktikum dari IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka yang akan berkhidmat selama 1 bulan di sini...Mereka akan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di bawah seliaan Pn Rosidah Bte Mohamed Mustafa...

AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUMA ila SKBD...

Minggu ke-12 : Kebersihan kelas berubah...

Tahap 1 : 3 BUDIMAN

Tahap 2 : 4 ARIF

TAHNIAH diucapkan kepada kelas yang berjaya...Pertingkatkan usaha lagi untuk kejayaan pada masa hadapan...