Saturday, May 25, 2013

Semoga bersua kembali ye...Ustazah Nur Azeela

Pada hari Khamis lalu bersamaan 23 Mei 2013, adalah hari terakhir buat Ustazah Nur Azeela Bt. Muhd Rudzi di SKBD...Selama setahun setengah beliau menjalani latihan perguruan dan praktikum di sini bermula Januari 2012 hingga Mei 2013...Sepanjang beliau di sini, komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan amat cemerlang...

Kami warga SKBD mengucapkan selamat maju jaya buat Ustazah Azeela yang akan menduduki peperiksaan akhir Jun 2013 ini...dan didoakan agar Ustazah akan menetap dan di"posting"kan kembali di sekolah ini...ameen.

P/s : Buat Ustazah Azeela...Jadilah seorang guru yang 
HADIRNYA DINANTI, PEMERGIANNYA DITANGISI...

All the Best...We all love you

Selamat Bercuti...Cuti Pertengahan Tahun Persekolahan 2013

Admin mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh warga SKBD...Have a nice holidays...Kepada yang ingin berjalan2 ataupun melancong, pandu kereta dengan berhati2 ye...HAPPY HOLIDAY...yeeeaaaahhhhh!!

Happy Wesak Day

Selamat Bercuti sempena Hari Wasak...

Wednesday, May 22, 2013

HOKI : SKBD ke-4 Peringkat Negeri Melaka

Barisan pemain hoki SKBD yang mewakili Alor Gajah ke peringkat Negeri
MSSM 2013

Alor Gajah hanya mampu menduduki tempat ke-4 Negeri Melaka
TAHNIAH!!!

Monday, May 20, 2013

Selamat Datang ke SK Belimbing Dalam...PPM PPKI

Warga SKBD mengucapkan Selamat Datang kepada Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas yang baru iaitu Cik Mimi Marlina Bt. Zulkarnain yang mula berkhidmat pada awal bulan Mei 2013.

Tahniah En Taufik...dapat baby boy yg ke-2

Assalamualaikum WBT...

Tahniah Pn Tuty Martini...mendapat baby girl

Assalamualaikum WBT...

Salam 16 Mei 2013

ADMIN mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di SKBD khasnya dan seluruh Malaysia amnya...

Guru Oh Guru...
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa...
Jika hari ini seorang Raja menaiki tahta...
Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara...
Jika hari ini seorang Ulama' yang mulia...
Jika hari ini seorang Peguam menang berbicara...
Jika hari ini seorang penulis yang terkemuka...
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa...
Sejarahnya dimulakan dengan seorang GURU biasa...
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis - baca.

Selamat Hari Guru...GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI 1AGENDA

Wednesday, May 1, 2013

Selamat Hari Pekerja 2013

Warga SKBD mengucapkan Selamat Bercuti sempena cuti umum Hari Pekerja pada 1 Mei setiap tahun...Manfaatkan cuti ini dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat ye...

Kebersihan Kelas minggu 15 & 16

Minggu ke-15, Kebersihan Kelas untuk Tahap 1 diungguli oleh kelas 1 Budiman
Manakala Tahap 2 masih lagi 5 Budiman

Minggu ke-16 pula, Kebersihan Kelas untuk Tahap 1 menjadi milik 3 Budiman
Manakala 5 Budiman masih lagi mengekalkan piala kebersihan untuk Tahap 2

TAHNIAH diucapkan...