Friday, July 26, 2013

Selamat Bercuti sempena Nuzul al-Quran...


Muslimah Show...2013

Pertandingan Muslimah Show diadakan pada 15 Julai 2013 bersamaan 6 Ramadhan 1434h. Ia merupakan aktiviti permata dalam Minggu Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SKBD tahun ini. Aktiviti sempena bulan Ramadhan ini dikepalai oleh 2 orang guru pelatih IPGM Perempuan Melayu Melaka iaitu Pn Yazmin dan Cik Nik Faiznur Firda.

Pelancaran Minggu Panitia Agama Islam & Bahasa Arab ini penuh dengan gimik yang mana 3 penyiasat peribadi ala-ala James Boned hadir membawa banner untuk ditandatangani oleh GPK Pentadbiran, Pn Hjh Siti Hajar bte Ahmad.

SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT BERAMAL di BULAN MULIA INI.

LDP 4 - Carikata 2013 MBMMBI



LDP ke-4 ini dilaksanakan pada 9 Julai 2013 (Selasa) jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat SKBD.

Thursday, July 11, 2013

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak 1434H

Admin ingin mengucapkan SALAM RAMADHAN aL-MUBARAK 1434H dan Selamat menjalani ibadah yang mulia ini dengan penuh kesyukuran hanya kerana Allah...


Friday, July 5, 2013

Temasya Sukan Tahunan SKBD 2013...BERJAYA!

4 Julai 2013 adalah hari kemuncak Temasya Sukan Tahunan SKBD untuk sesi 2013. Alhamdulillah semua acara dijalankan dengan jayanya walaupun cuaca mendung pada awalnya...Di penghujung kejohanan, hujan renyai2 mula membasahi bumi SKBD...

TAHNIAH diucapkan kepada pasukan yang berjaya menjadi JOHAN KESELURUHAN, JOHAN PERBARISAN, OLAHRAGAWAN dan OLAHRAGAWATI yang dinobatkan untuk tahun 2013 ini...

Berikut adalah keputusan rasmi kejohanan :
Johan Keseluruhan : Rumah HIJAU
Naib Johan : Rumah MERAH
Ketiga : Rumah KUNING
Keempat : Rumah BIRU

Johan Perbarisan : Rumah BIRU
Naib Johan : Rumah KUNING

Olahragawan : MUHD ZULHILMI BIN KHAMIS (3 EMAS)
Olahragawati : NUR SYUKRINA BINTI MOHAMMAD (4 EMAS)

TAHNIAH dan SYABAS...!!

Hari Kesedaran Kesihatan Warga SKBD

 Guru Penyayang...Pn Rosidah dan guru2 lain antara peserta awal membuat ujian kesihatan diri...rawatan kesihatan percuma untuk BMI, kandungan gula dlm darah, darah tinggi dan khidmat nasihat Unit Kesihatan Durian Tunggal...

 Pn Guru Besar dan beberapa murid melawat pameran kesihatan yang disediakan...


Murid2 bersoal jawab dengan wakil kesihatan selepas membaca maklumat di booth pameran...hehe

Pameran diadakan pada 27 Jun 2013 hari Khamis