Tuesday, November 10, 2015

Xtvt Tahun 6 2015 - Kursus Pengurusan Jenazah

6 November 2015 (Jumaat), Panitia Agama Islam telah menganjurkan satu lagi program besar untuk murid lepasan UPSR, iaitu Program Pengurusan Jenazah.

cara kafan jenazah



amali mandi jenazah

solat jenazah


Selamat Datang Guru Besar dan GPK Koku baharu ke SKBD

Bermula 1 November 2015, SKBD telah menerima guru besar baharu selepas hampir 6 bulan ketiadaan guru besar selepas bersaranya Pn Hjh Ratipah Bt. Jonet pada awal Mei 2015 yang lalu.

Guru Besar baharu ini dari SK Dato Naning iaitu Pn Suriati Binti Ahmad dan GPK Kokurikulum yang menggantikan Pn Juniadah pula dari SK Rumbia iaitu Pn Hasnatul Adilah Binti Hasan.

Warga SKBD mengalu-alukan kehadiran kedua-dua pentadbir baharu ini. Selamat datang...Ahlan wasahlan...






Pn Hasnatul Adilah Binti Hasan
GPK Kokurikulum

Selamat berkhidmat ke tempat baharu - Pn Juniadah Abu Adam

Pada 1 November 2015, merupakan tarikh lapor diri GPK Kokurikulum SKBD, Pn Juniadah Binti Abu Adam ke SK Ganun sebagai GPK HEM...Tahniah diucapkan atas kenaikan pangkat tersebut. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan yang disumbangkan untuk SKBD sepanjang berada di sini. Bawalah yang baik-baik dari SKBD ke SKGN ye....Hingga berjumpa lagi


Monday, November 2, 2015

Aktiviti Tahun 6 : Mandi WAJIB (Hadas Besar)

Assalamualaikum WBT...

Pada 30 Oktober 2015 bersamaan hari Jumaat, Panitia Pendidikan Islam telah melaksanakan aktiviti mandi hadas secara teori dan praktikal ke atas 61 orang murid tahun 6. Aktiviti ini bertujuan menekankan kepada para murid bahawa bersuci dan kebersihan itu penting dan amat dititik beratkan oleh agama Islam.

amali mandi hadas selepas mendengar teori dalam kumpulan




Program Tahun 6 : AKtiviti Sunnah (Asas Memanah)

15 Oktober 2015