Monday, April 24, 2017

MUKHAYYAM ARABI & KBS Siri 2/2017

Pada 22 April 2017 bersamaan hari Sabtu, Panitia bahasa Arab dan Pendidikan Islam dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah (PSS) SKBD serta Fakulti bahasa Arab UIAM Gombak telah menjalankan Perkhemahan bahasa Arab (Mukhayyam Arabi) dan Kem Bestari Solat Siri 2/2017 untuk murid tahun 4, 5 dan 6.

Perkhemahan tersebut menekankan beberapa kemahiran bahasa Arab dari peringkat asas hingga membina jumlah ayat mudah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bertepatan dengan tema "Learn Arabic is Fun" dengan pelbagai permainan dan nyanyian untuk menarik minat murid berbahasa Arab. Perkhemahan tersebut dipimpin oleh Ust Fariq dan sahabat-sahabat fasilitator dari Fakulti bahasa Arab UIAM Gombak.

TAHNIAH diucapkan kepada semua guru SKBD di atas komitmen tinggi dalam menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang untuk para peserta juga sekalung penghargaan kepada semua guru agama SKBD selaku pengelola program.

Semoga bermanfaat Mukhayyam Arabi ini buat anak-anak SKBD dalam merealisasikan penggunaan bahasa Arab dalam sekolah dan luar sekolah...TAHNIAH

 

Majlis penutup Mukhayyam Arabi 2017

Penyampaian sijil kepada fasilitator

Sesi LDK 3

Ucapan perasmian penutup oleh Pn GB

Merewang memasak oleh guru2 SKBD


Aitr tangan PK Koku tu...terbaik

Fasi dari UIAM


Ice breaking

Nyummy...nyummy...lauk makan tengahari

Pendaftaran peserta

Munim pagi


Terima kasih daun keladi...in syaa Allah...tahun depan buat lagi...جزاكم الله خيراً جزاء


Wednesday, April 19, 2017

Pelancaran Minggu Bahasa Inggeris SKBD 2017

17-21 April 2017

Kejohanan CATUR MSS Melaka Peringkat Negeri

Kejohanan Catur MSS Melaka pada 4 April 2017 (Selasa) di SK Gangsa Peringkat Negeri.




Nur Faqihah Mohammad

Muhammad Hazim Zamri di pusingan ke-3 Kejohanan Catur MSS Melaka peringkat Negeri

Perlawanan pemanas badan di Taman Kasa Height pada 2 April 2017



Alhamdulillah...TAHNIAH buat pemain catur SKBD yang berjaya memperbaiki ranking MSSM peringkat Negeri. Berikut adalah ranking yang diperolehi selepas pusingan akhir kejohanan :

Kategori L12

Muhammad Danial Aziq Bin Suboh - Rank ke-19/113
Muhammad Hazim Bin Mohd Zamri - Rank ke-48/113

Kategori P12

Nur Faqihah Binti Mohammad - Rank ke-33/73
Nur Alia Adriana Binti Mohd Redzuan - Rank ke-61/73

In syaa Allah...boleh cuba lagi untuk tahun 2018.

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M 2017)

4-7 April 2017

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pada Isnin 10 April 2017