Friday, September 26, 2008

Majlis Khatam Quran 2008

Pada 26 September 2008 (Jumaat), sekali lagi Panitia Agama Islam telah menganjurkan program Khatam Quran bagi murid tahun 6 dan murid-murid J-Qaf.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah J-Qaf dari JPM, Ust. Che Mat Che Leh .SKBD sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada Panitia Agama Islam dan semua guru dan kakitangan sekolah kerana telah sama-sama menjayakan majlis tersebut. Semoga usaha kalian di Bulan Ramadhan ini akan dapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t. Insyaallah.Kelihatan pentas dihias cantik oleh guru-guru SKBD

Tetamu undangan dan peserta khatam Quran disambut dengan paluan kompang

Barisan pentadbir SKBD

Guru Besar menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut

Ust. Che Mat Che Leh merasmikan majlis tersebut

Guru-guru SKBD

Ust. Abd Salam mengetuai Majlis Khatam Quran

Murid-murid SKBD memperdengarkan bacaan Quran dan persembahan dikir baratPenyampaian hadiah dan cenderahati




Friday, September 19, 2008

Sambutan Penghayatan Ramadhan

Pada 19 Sepetember 2008, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan Program Sambutan Penghayatan Ramadan. Program tersebut diadakan adalah bertujuan untuk sama-sama menghayati bulan yang mulia dan di samping dapat memperbanyakkan ibadah pada bulan Ramadhan ini. Penceramah jemputan dalam program tersebut ialah Ustaz Abdullah Tahir dari SMK Tun Tuah. Banyak input-input yang bernas telah disampaikan dalam majlis tersebut. Sekali lagi pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah kepada Program Panitia Pendidikan Islam kerana telah berjaya menganjurkan program tersebut.

Pelajar-pelajar SKBD

Barisan Pentadbir dan Penceramah Jemputan

Ucapan Pengerusi Majlis

Ucapan Guru Besar SKBD

Guru-guru SKBD juga turut sama mendengar ceramah agama.


Monday, September 15, 2008

Penutup Bulan Ceria Merdeka 2008

Pada 15 September 2008, SKBD telah mengadakan sambutan Penutup Bulan Ceria Merdeka. Banyak juga aktiviti yang telah dijalankan antaranya pertandingan menulis buku skrap, pertandingan mewarna, pertandingan menghias kelas, pertandingan nyanyian dan lain-lain. Pemenang bagi pertandingan tersebut telah menerima hadiah daripada Guru Besar pada hari ini. Lihat foto di bawah:



Murid-murid menerima hadiah daripada Guru Besar SKBD



Guru-guru SKBD


Murid menyampaikan sajak Kemerdekaan

Wednesday, September 10, 2008

Persembahan Murid Pendidikan Khas

Setiap manusia Allah s.w.t ciptakan anugerah dan bakat masing-masing.Seramai 6 orang murid Pendidikan Khas yang membuat persembahan di Dataran Perhimpunan SKBD. Terima kasih kepada guru-guru Pendidikan Khas yang melatih murid-murid tersebut.

Friday, September 5, 2008

Tadarus Al-Quran Dan Tazkirah Sempena Ramadhan

Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Panitia mengadakan Program Tadaraus Quran bagi Tahap 2 dan Tazkirah bagi Tahap 1. Semua guru panitia agama Islam secara bergilir-gilir mengendalikan program tersebut sepanjang waktu rehat antara jam 10.10 pagi hingga 10.40 pagi. Program ini sangat sesuai untuk semua murid ketika mana semua umat Islam sangat mengambil berat khususnya berkaitan ibadat di bulan Ramadhan kerana banyaknya ganjaran pahala yang akan diberikan oleh Allah s.w.t pada bulan ini. Wallhua'alam....
Tazkirah Ramdhan yang disampaikan oleh Ust. Abd. Salam Yaakob

Monday, September 1, 2008

Selamat Berpuasa


Semoga kita diberi kekuatan iman untuk menjalankan ibadah Ramadhan ini, & semoga amal ibadah dalam bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah SWT. Amin.
Ikhlas dari Warga SKBD.
Warga SKBD ingin mengucapakan Selamat Hari Kemerdekaan ke-51 kepada
seluruh rakyat Malaysia.



Tema hari kemerdekaan bagi tahun 2008 ialah Perpaduan Teras Kejayaan. Jika berminat untuk mengetahui tema-tema sebelumnya bolehlah pergi ke Tema Hari Kemerdekaan yang lalu. Di bawah ini dipaparkan logo sambutan ulangtahun kemerdekaan bagi tahun ini yang merupakan yang ke -51.
Logo Hari Kemerdekaan ke 51

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Saturday, August 30, 2008

SKBD Johan Negeri Dikir Barat J-Qaf 2008

Tahniah! SKBD sekali lagi telah mengharumkan nama sekolah di mana seramai 20 orang murid tahun 4 dan 5 telah mewakili sekolah bagi pertandingan dikir barat J-Qaf yang mana keputusannya memihak kepada sekolah. SKBD buat pertama kalinya telah merangkul Johan Negeri. Pihak sekolah juga ingin mengucapkan terima kasih terutamanya kepada En. Nizam, Ustz. Rahimah, Ust. Zamri, Ustz Zainorhanim,Ustz Wan Aminah dan guru panitia Agama Islam serta guru-guru lain telah bertungkus-lumus melatih, menyedia dan menghias pakaian untuk petandingan Dikir Barat.Sekali lagi pihak sekolah ingin ucapkan tahniah dan syabas.
Semasa membuat latihan di sekolah
Pertandingan peringkat kawasan Alor Gajah di SK. Simpang Empat

Selesai mengadakan persembahan
Pertandingan peringkat negeri di SK. Kemendor Jasin
SKBD berjaya menjadi Johan NegeriUcapan tahniah dari Guru Besar SKBDGuru Besar menerima piala pusingan dari Ketua Panitia Agama Islam.

Nampaknya pada tahun 2009, warga SKBD kena kerja lebih kuat lagi bagi mempertahankan kejuaraan. Insyaallah dengan kerjasama semua warga SKBD hasrat mempertahankan kejuaraan dapat dicapai. Insyaallah.





Monday, August 18, 2008

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan

Pada 16.8.2008 SKBD telah menjalan Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (Hari Profesional) untuk semua guru dan staf sokongan SKBD. Penceramah jemputan dalam kursus tersebut ialah En. Kumar dari IPPM. Tajuk yang disampaikan ialah berkaitan dengan 'Pengurusan Tekanan'. Tajuk ini cukup sesuai untuk guru-guru yang mana zaman sekarang ini bebanan kerja yang agak mencabar.Jadi dengan kursus tersebut diharap guru-guru SKBD dapat menangani stress dengan teratur dan berhemah.

Friday, August 8, 2008

Perkhemahan Unit Beruniform

Pada penghujung bulan Julai SKBD telah menganjurkan Perkhemahan Unit Beruniform bagi murid tahun 4 dan 5. Berbagai aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan sempurna. Sekali lagi pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan aktiviti tersebut. Tidak lupa juga kepada 5 orang guru praktikum dari IPPM yang sama-sama membantu pihak sekolah bagi menjayakan aktiviti tersebut.

Monday, July 21, 2008

Peluang Sambung Belajar

Permohononan Ke Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah Ambilan November 2008

  • Sukacita dimaklumkan akses ke aplikasi Permohononan mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah Ambilan November 2008 telah dibuka mulai 17 Julai 2008 (Khamis).
  • Untuk perhatian calon-calon, program ini akan ditutup pada 15 Ogos 2008 (Jumaat).
  • Sila pastikan semua calon telah melaksanakan langkah-langkah berikut:
    1. Membaca dan memahami ePanduan program.
    2. Mengisi borang permohonan dengan lengkap.
    3. Mengemaskini maklumat permohonan sebelum dihantar kepada JPN
    4. Mencetak borang permohonan dan senarai semak.
    5. Diperakukan oleh Ketua Bahagian/Pengetua/Guru Besar.
    6. Mengemukakan permohonan yang lengkap kepada JPN untuk sokongan.
  • CALON DIKEHENDAKI MENGHANTAR SEMULA BORANG PERMOHONAN KE JPN SEKIRANYA ANDA TIDAK MELAKUKAN PERKARA BERIKUT:
    1. Tidak menandatangani Pengakuan Pemohon.
    2. Tidak mendapat perakuan Ketua Bahagian/Pengetua/Guru Besar.
Untuk Permohonan sila klik sini