Monday, March 2, 2009

Pemasyuran Pengawas 2009

Inilah dia bakal pemimpin da masa akan datang. Kelihatan semua pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan beratur di tapak perhimpunan untuk menerima watikah perlantikan dari Wakil Ketua Balai Polis Durian Tunggal.
Ucapan wakil ketua Balai Polis Durian Tunggal



Pengawas menerima watikah perlantikan

Sunday, February 1, 2009

Program Kecemerlangan UPSR 2009

Pada 31 Januari 2009,Unit Bimbingan dan Kanseling SKBD telah menganjurkan Motivasi Keibubapaan yang bertempat di kelas tahun 6. Semua murid tahun 6 diwajibkan hadir dalam program tersebut. Ramai juga ibubapa yang turut serta mendengar pesanan dari Guru Besar dan penceramah undangan dari Kementerian Pelajaran di Putrajaya iaitu En. Badrul Hisham bin Abd. Aziz. Lihat foto-foto di bawah:









Saturday, January 10, 2009

Hari Pendaftaran 2009



Pada 2 Januari 2009. Pendaftaran murid SKBD telah diadakan. Ramai juga murid yang hadir bersama dengan ibubapa masing-masing. Kelihatan guru-guru juga sibuk mendaftar murid bagi kemasukan 2009.SKBD ingin mengucapkan Selamat Menempuh Persekolahan 2009 kepada semua murid

Friday, November 14, 2008

UPSR 2008

Pada 13.11.2008 semua murid Tahun 6 berdebar-debar untuk mendapatkan keputusan UPSR di sekolah masing-masing. Begitu juga dengan murid tahun 6 SKBD yang penuh sabar dan tabah menunggu Guru Besar balik dari Jabatan Pelajaran Melaka.Ada yang berdoa, baca surah Yaasin, mengaji Quran dan macam-macam gelagat yang dapat diperhatikan.
Pada pukul 10.00 pagi, Guru Besar mengumumkan seramai 7 orang telah mendapat 5A, 5 orang mendapat 4A1B dan 2 orang mendapat 3A2B. Alhamdulillah..... Inilah kejayaan yang mereka dapat setelah mereka berusaha.Ramai juga murid yang menitiskan air mata kegembiraan. Guru pun sama menitiskan air mata kerana terharu. Pihak sekolah sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya dan yang kurang berjaya diharap cuba lagi di masa akan datang kerana banyak lagi peperiksaan yang besar sedang menunggu di masa hadapan.Murid- murid yang telah mendapat 5A


Murid- murid yang telah mendapat 4A1B


Syabas dah tahniah sekali lagi kepada murid yang cemerlang..........

Thursday, November 13, 2008

Hari Kuliti 2008

Pada 11 November 2008, sekali lagi SKBD telah mengadakan Hari Kualiti Peringkat Sekolah. Majlis tersebut hanya dibuat diperingkat dalaman sahaja. Pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah kepada murid -murid yang telah berjaya mendapat kedudukan yang tertinggi di dalam kelas. Kepada yang kurang berjaya diharap cuba lagi di tahun hadapan. Tokoh murid kali ini jatuh kepada seorang pelajar perempuan iaitu adik Zareen Nawwarrah binti Mohsin. Belia memang aktif dalam semua bidang samada kurikulum dan kokurikulum. Semoga anugerah yang disampaikan oleh pihak sekolah akan dapat jadikan perangsang semua murid agar lebih maju di masa akan datang. Insyaallah.

Monday, November 10, 2008

Jamuan Akhir Tahun

Pada penghujung persekolahan ini, kebiasaannya semua sekolah di seluruh negeri akan mengadakan Jamuan Akhir Tahun sebagai penutup tirai persekolahan 2008.Begitu juga dengan kelas Tahun 6 SKBD. Mereka menjemput semua guru dan staf sokongan hadir dalam majlis jamuan tersebut. Ini adalah bagi meraikan hari perpisahan mereka.Pesanan guru untuk murid tahun 6 agar sentiasa ingat jasa dan pengorbanan guru di sekolah rendah . Tanpa guru mungkin kamu tidak akan menjadi insan yang cemerlang baik di dunia mahupun akhirat.

Thursday, October 16, 2008

Sambutan Hari Raya

Suasana Hari Raya Aidilfitri masih lagi terasa. Kelab staf SKBD telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Sri Pentas SKBD pada 10 Oktober 2008. Majlis tersebut berlangsung pada waktu malam. Berbagai jenis juadah yang telah dimasak seperti lemang,sate, sup tulang,sambal udang, masak lodeh dan banyak lagi. Semuanya hasil gotong-royong guru-guru dan kakitangan SKBD.Semua ahli keluarga guru, kakitangan sekolah dan PIBG telah dijemput dalam majlis tersebut.Tidak lupa juga tetamu jemputan iaitu Tn. Hj. Abu Bakar bin Mohd Ninggal kerana turut memberikan sumbangan bagi menjayakan majlis tersebut. Mari kita lihat foto dibawah:
Rajin betul nampaknya cikgu tu!
Cikgu Razak dan Ust. Faizal sedang menyusun lemang untuk dibakar.

Santah diperah untuk dimasukkan ke dalam lemang
Srikandi SKBD. Kupas jangan tak kupas cikgu.Dah sedia ke nak masak sup tulang?
Sambutan diadakan pada malamnya.

Pengerusi Kelab Staf telah menyampaikan ucapan

SKBD mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang telah bertungkus- lumus memasak juadah sempena Hari Raua Aidilfiri. Shukran Jazeela........



Tuesday, October 14, 2008

Sambutan Hari Raya Pend. Khas

Majlis Sambutan Hari Raya ini diadakan pada hari Jumaat 10 Oktober 2008. Majlis tersebut berlangsung pada jam 10.00 pagi. Semua guru dan kakitangan dijemput hadir dalam majlis tersebut. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua guru Pend Khas kerana berbesar hati mengadakan majlis tersebut.

Wah! Enak sungguh juadah ni. Macam-macam ada....





Guru-guru Pend. Khas bergambar bersama murid -muridnya


Berselera nampaknya cikgu-cikgu SKBD ni.