Saturday, March 3, 2012

Kem Kepimpinan Pengawas, PSS, SPBT, Ketua & Pen. Ketua Kelas 2012

Aktiviti Team Building pada sesi petang
 Slot Ice Breaking

Rehatkan minda dengan chicken dance...happy betul  murid-murid nie
 
 Macam-macam gaya tuk pastikan semua murid berada dalam 1 gelung rotan tu...hehe












Wednesday, February 29, 2012

Merentas Desa SKBD 2012

Assalamualaikum WBT...
Alhamdulillah...Unit Kokurikulum telah berjaya melaksanakan Pertandingan Merentas Desa 2012 walaupun cuaca mendung dan hujan renyai-renyai...Seramai 170 murid Tahap 2 yang terdiri dari Tahun 4, 5 dan 6 menyertai acara merentas desa ini yang telah dirasmikan oleh En Zainal Abidin B. Abd Rahman (GPK1 SKBD) kira-kira jam 4.30 petang...


Pelancaran NILAM 2012

Assalamualaikum WBT...
Pada 20 Februari 2012, Jawatankuasa Pusat Sumber SKBD telah mengadakan Majlis Pelancaran NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) di kalangan murid-murid SKBD...

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pn Hjh Norinah Bte Hj Kamarudin, Guru Besar SKBD.

Friday, February 10, 2012

Penerima cenderahati kecemerlangan anak UPSR 2011

Salah seorang penjaga yang menerima sumbangan atas kecemerlangan anak mencapai 5A dalam UPSR 2011

Cikgu zalina juga turut menerima sumbangan dari pihak sekolah di atas kejayaan anaknya memperolehi 5A dalam UPSR 2011
Untuk makluman...seramai 10 orang murid mendapat 5A dalam UPSR 2011..TAHNIAH diucapkan...

Thursday, February 9, 2012

Penyerahan mentor-mentee 2012

  Mohd Ezam dari kelas 6A adalah mentee kepada Pn Norinah Hj Kamarudin (Guru Besar SKBD)...

Mohd al-Afiq dengan mentornya...Pn Siti Hajar
Azhani dengan mentornye Cikgu Maimunah

Dalam program tersebut...mentor telah menyerahkan jadual kelas tambahan kepada ibubapa/penjaga setiap murid...

Motivasi keibubapaan 2012








Monday, February 6, 2012

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433H

Admin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433H pada 12 Rabi'ul Awwal 1433 bersamaan 5 Febuari 2012 (Ahad) dan Selamat Bercuti kepada seluruh warga SKBD pada Isnin 6 Feb 2012...

Saturday, January 28, 2012

YB Dato' ziarah SKBD

Warga SK Belimbing Dalam merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Dato' Abd Wahab B. Hj Abd Latip di atas kesudian beliau berkunjung pada minggu pertama persekolahan bagi menyuntik semangat murid2 SKBD agar terus berusaha untuk memperolehi kejayaan lebih cemerlang dalam tahun 2012 ini...

Beliau juga mengucapkan sekalung tahniah kepada seluruh warga SKBD di atas pencapaian cemerlang dalam UPSR 2011 yang lalu dengan 10 orang mendapat 5A...Semoga kecemerlangan tersebut akan dikekalkan atau akan menjadi lebih baik lagi pada tahun 2012 ini...Syabas dan Tahniah

Tuesday, January 24, 2012

Gong Xi Fa Chai

Warga SKBD mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya...2012 adalah tahun naga bagi kepercayaan kaum chong hua ini...

Thursday, January 19, 2012

Selamat Datang Guru Praktikum TESL UIAM

Assalamualaikum WBT

Warga SKBD mengucapkan selamat datang dan selamat menjalani praktikal di sekolah ini. Pihak kami mengalu-alukan kehadiran Cik Ainatul Afiqah Bte Dawad dan Cik Nur Diyana Bte Mohamad Nasir ke SK Belimbing Dalam ini bagi menyempurnakan tugasan sebelum bergelar guru ijazah. Dimaklumkan mereka akan berada di SKBD ini selama 4 bulan bermula 16 Januari 2012 hingga pertengahan April 2012...

Selamat Berkhidmat dengan penuh dedikasi...

Wednesday, January 18, 2012

Selamat Memulakan Sesi Persekolahan 2012

Assalamualaikum WBT

Admin ingin mengucapkan selamat memulakan sesi persekolahan untuk tahun 2012 ini...Semoga tahun baru ini akan membuahkan semangat baru kepada smua murid untuk terus berusaha mengecapi kejayaan demi kejayaan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum...

Selamat datang dan selamat menempuhi alam persekolahan buat murid-murid pra sekolah & tahun 1 SKBD 2012...

Wednesday, July 27, 2011

Larian 1Malaysia

Program Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah dijalankan pada 2 Julai yang lalu. Seramai 139 peserta yang terdiri dari murid-murid tahun 1 hingga tahun 6 mengambil bahagian dalam larian ini.
Larian yang bermula pada 7.45 pagi itu diadakan serentak di institusi pendidikan di seluruh negara. Di SK Belimbing Dalam larian ini dilepaskan oleh guru besar Pn. Hjh Norinah bt Kamarudin. Larian dalam jarak lebih kurang 2 kilometer bermula di sekolah dan berakhir juga disekolah.