Sunday, October 14, 2012

Aktiviti selepas UPSR 2012

Murid tahun 6 tekun menggembur tanah untuk bercucuk tanam...salah satu daripada aktiviti selepas UPSR tahun 2012...
 
P/s : Ape la yang bujang2 tahun 6 tu nak tanam ek agar dorang pun dapat rasa hasil tanaman mereka berbaki sebulan je lagi di SKBD nie...

KBS 3 2012

22 Sept 2012 (Sabtu)
 






Sunday, October 7, 2012

LDP ke-6 at Makmal Komputer

6 Oktober 2012 bertempat di Makmal Komputer SKBD telah diadakan kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) terakhir berbentuk ceramah motivasi dan in-house trainning KSSR Tahun 3 2013...
 
Seramai 30 orang peserta dari kalangan guru dan staff sekolah menyertai kursus WAJIB itu...Ceramah motivasi bertajuk "BINA HATI CEMERLANG" disampaikan oleh Ust Mohd Fakrullah B. Zainul Sharudin dari YaPEIM Malaysia...
 
Kursus bermula jam 8.15 pagi dan tamat jam 12.30 tengahari...TAHNIAH diucapkan kepada semua peserta...

Tuesday, October 2, 2012

Lanskap PPKI 2012

 Guru2 dan murid-murid Pendidikan Khas Integrasi bergotong-royong membuat lanskap keceriaan di hadapan kelas mereka...
 
Sekolah cantik memupuk minat murid untuk terus berusaha...
"Usaha Pasti Jaya"


Wednesday, September 26, 2012

Latihan dan pemilihan sukantara 2012

Pada 18 September 2012 dan 25 September 2012, Unit kokurikulum telah mengadakan latihan sukantara untuk murid tahun 4, 5 dan 6. Pemilihan tersebut dijalankan pada waktu kegiatan kokurikulum petang setiap hari Selasa.
 
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti latihan lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru dan ujian masa larian 100m.
 
Sukantara sebenar akan dijalankan pada 27 dan 28 September 2012 iaitu hari Khamis dan Jumaat. Semoga aktiviti kesukanan ini akan memupuk minat murid dalam bidang kokurikulum selari dengan bidang akademik yang dititik beratkan oleh pihak sekolah...
 
العقل السليم في الجسم السليم

Thursday, July 26, 2012

Selamat Berpuasa...


Admin mewakili warga pendidik SKBD mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak 1433H kepada seluruh warga SKBD...Semoga sama-sama berusaha mencari keredhaan dan keberkatan Ilahi di bulan yang penuh kemuliaan ini...

P/s Puasa penuh ye anak-anak didik SKBD...hehe

SKBD kehilangan sebutir mutiara yang bersinar...

29 Jun 2012 adalah hari terakhir perkhidmatan beliau sebagai Guru Besar di SK Belimbing Dalam dan perkhidmatan beliau di arena pendidikan...Beliau yang dimaksudkan ialah PN HJH NORINAH BTE HJ KAMARUDIN

Minggu Peperiksaan...

17,18 dan 19 Julai 2012 adalah tarikh amat bermakna buat murid-murid SK Belimbing Dalam terutamanya murid tahun 6 kerana pada tarikh tersebut adalah Peperiksaan Percubaan UPSR 2012...Ujian Pengesanan 2 juga diadakan pada tarikh tersebut bagi murid-murid Tahun 3, 4 & 5...SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN dan SELAMAT MAJU JAYA...

Tuesday, June 12, 2012

Gotong-royong menceriakan tandas

12.06.2012 - 4.00 petang...Unit 3K SKBD telah mengadakan gotong-royong untuk menceriakan tandas sekolah...Ber"motto"kan TANDAS BERSIH SKBD SEJAHTERA, Unit 3K telah melancarkan 'tandas angkat' dengan membahagikan kepada beberapa kumpulan dikalangan guru dan staf SKBD...Jadi marilah kita sama-sama berganding bahu memastikan tandas sekolah kita sentiasa bersih, ceria dan memberi keselesaan untuk warga SKBD menggunakannya...Terima kasih kepada semua yang menjayakannya...

Selamat Bertugas di Sekolah Baru...Cik Kamalacy

Assalamualaikum WBT
Makluman kepada semua warga SKBD...bahawa kita telah kehilangan seorang guru berkemahiran dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris iaitu Cik Kamalacy. Beliau telah berpindah dan berkhidmat di SK Cheng pada hari pertama persekolahan penggal ke-2 (11.06.2012) selepas cuti pertengahan tahun...

Terima kasih atas jasa dan pengorbanan Cik Kamalacy sepanjang berkhidmat di SKBD ini...JASAMU TETAP DIKENANG...

Dimaklumkan guru yang akan menggantikan tempat Cik Kamalacy adalah seorang guru dari SK Cherana Puteh...yang mana beliau sekarang sedang cuti bersalin...

Selamat kembali ke sekolah...Penggal ke-2

Assalamualaikum WBT...Suka untuk Admin mengucapkan dan mengalu-alukan kehadiran murid-murid SKBD ke sekolah bagi meneruskan sesi pembelajaran semester kedua ini selepas 2 minggu bercuti...diharap sekembalinya ke sekolah penggal kedua ini akan menitipkan semangat untuk terus berusaha bagi menimba ilmu di SKBD tercinta ini...Terutamanya kepada murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan penting tahun 2012 ini...USAHA PASTI JAYA

Thursday, May 10, 2012

Motivasi pelajar di ADTEC MELAKA

Assalamualaikum WBT...

Pada 9 Mei 2012 bersamaan hari Rabu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SKBD telah menghantar 10 orang murid calon cemerlang UPSR 2012 ke Seminar Motivasi Kecemerlangan Murid di ADTEC Melaka...Program tersebut bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.30 ptg...Diharapkan murid-murid yang terpilih dapat berkongsi ilmu bersama rakan-rakan yang tidak berpeluang untuk menyertainya agar dapat menyuntik semangat baru kepada mereka untuk terus berusaha ke arah 5A dalam UPSR nanti...

KBS 1 2012 - Tahap 2











Tuesday, May 1, 2012

Perkhemahan Unit Beruniform 2012

 Berehat sambil menikmati juadah sarapan pagi...hehe



 Senamrobik pagi Ahad...

TAHNIAH team Pandu Puteri Tunas yang menjadi JUARA keseluruhan untuk camping kali ini...

Gotong-royong kemas kini fail KSSR 2012

 Proses memerint dan laminate

 Menyediakan muka depan (profile murid)

 Proses menyusun

 Laminate setiap mata pelajaran

Meletakkan dalam fail murid

Gotong-royong tersebut dijalankan pada bulan Februari selepas cuti tahun baru cina...

Happy Labour Day

Admin mengucapkan Selamat Bercuti kepada seluruh warga SKBD hari ini sempena cuti umum Hari Pekerja 01.05.2012...
Kepada murid-murid dari Pra sekolah hingga tahun 4, cuti selama 4 hari ini manfaati lah ia dengan sebaik-baik mungkin...Jaga diri dan kesihatan ye...

Thursday, April 26, 2012

Team Bola Sepak...KETIGA...Kawasan AG...TAHNIAH!!


Team Bola Jaring...JUARA Kawasan...TAHNIAH!!

Alhamdulillah...team Bola Jaring muncul Juara kawasan Alor Gajah buat tahun kedua berturut-turut sejak 2011. Pada peringkat akhir team SKBD telah menewaskan SK Pulau Sebang...TAHNIAH diucapkan...

Kejohanan Bola Sepak peringkat kumpulan D

17 dan 18 April 2012 telah diadakan Kejohanan Bola Sepak (R) MSSM Kawasan Alor Gajah...SK Belimbing Dalam merupakan tuan rumah bagi Kumpulan D...

 Aktiviti regangan sebelum memulakan perlawanan pertama dengan SK Gangsa

 KUMPULAN D
SK BELIMBING DALAM
SK GANGSA
SK DATO' NANING
SK MENGGONG
SJKT KEMUNING KRU

Monday, April 16, 2012

Jumpa Lagi...

Pada 13 April 2012 yang lalu, merupakan hari terakhir buat guru-guru praktikal dari IPGM Kampus Perempuan Melayu iaitu Cik Nur Diyana dan Cik Ainatul Afiqah (Bahasa Inggeris) yang telah tamat praktikal mereka selama 3 bulan di SKBD...Manakala Cik Moni dan Cik Nurhafizah (Pendidikan Khas) juga telah tamat menjalani praktikal selama 1 bulan yang merupakan penuntut di IPGM Kampus Perempuan Melayu...

Warga SKBD mengucapkan Tahniah dan didoakan Semoga Berjaya selalu terutama dalam mendidik generasi madani yang berketrampilan dan berakhlak mulia...Ameen InsyaAllah...

Selamat Hari Melaka Bandaraya Bersejarah

Selamat Bercuti kepada seluruh wargaSKBD...Hari ini merupakan Cuti MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH...We Proud to Be A Malaysian...