Saturday, March 1, 2008

Majlis Persaraan GP HEM

Pada hari Rabu 27 Februari 2008. Pihak sekolah telah mengadakan majlis Persaraan GPK HEM iaitu Tn. Hj. Abu Bakar bin Mohd Ninggal.Beliau adalah seorang yang rajin,penyabar dan menepati masa dalam sesuatu perkara yang dilakukan.Beliau juga amat komited dengan tugas sepanjang berada di sekolah ini.Pihak sekolah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Hj. Abu Bakar kerana banyak menyumbangkan jasa beliau di sekolah ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa beliau.Mari kita lihat foto majlis persaraan beliau :

Program Motivasi Ibubapa Dan Murid

Pada 22 Ferbruari yang lepas, Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKBD telah menganjurkan Program Kecemerlangan UPSR Dan Motivasi Keibubapaan 2008. Ramai juga ibubapa yang hadir dalam majlis tersebut. Penceramah motivasi jemputan ialah Dr. Rozey bin Baba.Beliau memang pakar motivasi dan pandai menyelitkan unsur-unsur yang lucu dalam sesuatu majlis. Mari kita lihat foto-foto berikut:

Thursday, February 7, 2008

Merentas Desa 2008

Pada hari Selasa 5 Februari 2008 ,SKBD telah menganjurkan pertandingan merentas desa peringkat sekolah.Murid yang menyertai pertandingan tersebut terdiri daripada tahun 4 hingga tahun 6.Pertandingan tersebut diadakan setiap tahun disamping memilih wakil sekolah untuk kepertandingan diperingkat Daerah Alor Gajah. Bagi mereka yang berjaya pihak SKBD ingin mengucapkan syabas dan mereka yang kurang bernasib baik diharap mencuba lagi pada tahun hadapan. Lihat foto-foto berikut:



Sunday, February 3, 2008

Pemasyuran Pengawas SKBD

Pada hari Isnin bersamaan 28 Januari 2008 Unit Hal Ehwal Murid(HEM)SKBD telah mengadakan Majlis Pemasyuran Pengawas Sekolah,Pengawas Perpustakaan,Ketua dan Penolong Ketua Darjah.Majlis diadakan pada pukul 8.00 pagi. Pada rancangan asalnya majlis itu akan diadakan di Dataran Ilmu SKBD tetapi oleh kerana pagi itu hujan tempat itu terpaksa dipindahkan di dewan Sri Pentas SKBD.Walaubagaimanapun majlis itu berjalan dengan sempurna dan lancar.Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Wakil Ketua Balai Polis Durian Tunggal. Mari kita lihat foto-foto di bawah: