Monday, April 5, 2010

Gotong-Royong Sekolah

Pada 3 April 2010, pihak sekolah telah mengadakan gotonng-royong sempena Hari Kesihatan Sedunia. Semua guru dan murid tahap 2 di minta datang bersama-sama membersihkan kawasan sekolah. Semangat kerjasama inilah yang patut diterap dalam budaya masyarakat kita. Lihat foto-foto di bawah:




Saturday, March 27, 2010

Ladap Pertama Tahun 2010

Pada hari ini pihak sekolah buat kali pertamanya telah mengadakan Ladap 1. Seperti yang diamanahkan setiap guru hendaklah membentangkan hasil pembacaan buku yang dibaca. Pada hari ini 7 orang guru akan membentangkan hasil kerja mereka iaitu Pn. Rosnah Asab, Pn. Zaini Aziah,Pn Norlia, En. Roslan,Pn. Zainorhanim dan En.Mohd Arif.


















Saturday, March 6, 2010

SKBD Johan Nasyid Peringkat Negeri 2010



Buat julung kalinya dalam sejarah SKBD telah berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri yang berlangsung di Masjid Al-Azim baru-baru ini.Tahniah kepada semua tenaga pengajar yang bertungkus lumus melatih murid-murd SKBD. Syabas !!!



Jurulatih Nasyid SKBD En. Mohamed Nizam Mustafa

Wednesday, February 17, 2010

Tokoh Nilam 2009



Adik Dalila Najia bt. Suhaimi telah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam 2009. Beliau merupakan Ketua Pengawas SKBD yang sangat komited dengan yang diberikan. Sikap sopan-santun dan jujur beliau telah medapat sanjungan guru-guru dan rakan-rakannya. Semoga beliau berjaya menjadi murid yang sentiasa cemerlang di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Insyaallah...

Thursday, April 30, 2009

Sambutan Hari Guru 2009

TEMA : GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Lagu Tema Hari guru 2009
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
Download.
Lagu Tema : Muzik & Vokal, MinusOne.
Lagu Guru Malaysia : Muzik & Vokal, MinusOne.