Alhamdulillah...Unit Kokurikulum telah berjaya melaksanakan Pertandingan Merentas Desa 2012 walaupun cuaca mendung dan hujan renyai-renyai...Seramai 170 murid Tahap 2 yang terdiri dari Tahun 4, 5 dan 6 menyertai acara merentas desa ini yang telah dirasmikan oleh En Zainal Abidin B. Abd Rahman (GPK1 SKBD) kira-kira jam 4.30 petang...
Pada 20 Februari 2012, Jawatankuasa Pusat Sumber SKBD telah mengadakan Majlis Pelancaran NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) di kalangan murid-murid SKBD...
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pn Hjh Norinah Bte Hj Kamarudin, Guru Besar SKBD.
Admin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433H pada 12 Rabi'ul Awwal 1433 bersamaan 5 Febuari 2012 (Ahad) dan Selamat Bercuti kepada seluruh warga SKBD pada Isnin 6 Feb 2012...