Friday, September 19, 2008

Sambutan Penghayatan Ramadhan

Pada 19 Sepetember 2008, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan Program Sambutan Penghayatan Ramadan. Program tersebut diadakan adalah bertujuan untuk sama-sama menghayati bulan yang mulia dan di samping dapat memperbanyakkan ibadah pada bulan Ramadhan ini. Penceramah jemputan dalam program tersebut ialah Ustaz Abdullah Tahir dari SMK Tun Tuah. Banyak input-input yang bernas telah disampaikan dalam majlis tersebut. Sekali lagi pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah kepada Program Panitia Pendidikan Islam kerana telah berjaya menganjurkan program tersebut.

Pelajar-pelajar SKBD

Barisan Pentadbir dan Penceramah Jemputan

Ucapan Pengerusi Majlis

Ucapan Guru Besar SKBD

Guru-guru SKBD juga turut sama mendengar ceramah agama.


Monday, September 15, 2008

Penutup Bulan Ceria Merdeka 2008

Pada 15 September 2008, SKBD telah mengadakan sambutan Penutup Bulan Ceria Merdeka. Banyak juga aktiviti yang telah dijalankan antaranya pertandingan menulis buku skrap, pertandingan mewarna, pertandingan menghias kelas, pertandingan nyanyian dan lain-lain. Pemenang bagi pertandingan tersebut telah menerima hadiah daripada Guru Besar pada hari ini. Lihat foto di bawah:



Murid-murid menerima hadiah daripada Guru Besar SKBD



Guru-guru SKBD


Murid menyampaikan sajak Kemerdekaan

Wednesday, September 10, 2008

Persembahan Murid Pendidikan Khas

Setiap manusia Allah s.w.t ciptakan anugerah dan bakat masing-masing.Seramai 6 orang murid Pendidikan Khas yang membuat persembahan di Dataran Perhimpunan SKBD. Terima kasih kepada guru-guru Pendidikan Khas yang melatih murid-murid tersebut.

Friday, September 5, 2008

Tadarus Al-Quran Dan Tazkirah Sempena Ramadhan

Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Panitia mengadakan Program Tadaraus Quran bagi Tahap 2 dan Tazkirah bagi Tahap 1. Semua guru panitia agama Islam secara bergilir-gilir mengendalikan program tersebut sepanjang waktu rehat antara jam 10.10 pagi hingga 10.40 pagi. Program ini sangat sesuai untuk semua murid ketika mana semua umat Islam sangat mengambil berat khususnya berkaitan ibadat di bulan Ramadhan kerana banyaknya ganjaran pahala yang akan diberikan oleh Allah s.w.t pada bulan ini. Wallhua'alam....
Tazkirah Ramdhan yang disampaikan oleh Ust. Abd. Salam Yaakob

Monday, September 1, 2008

Selamat Berpuasa


Semoga kita diberi kekuatan iman untuk menjalankan ibadah Ramadhan ini, & semoga amal ibadah dalam bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah SWT. Amin.
Ikhlas dari Warga SKBD.
Warga SKBD ingin mengucapakan Selamat Hari Kemerdekaan ke-51 kepada
seluruh rakyat Malaysia.



Tema hari kemerdekaan bagi tahun 2008 ialah Perpaduan Teras Kejayaan. Jika berminat untuk mengetahui tema-tema sebelumnya bolehlah pergi ke Tema Hari Kemerdekaan yang lalu. Di bawah ini dipaparkan logo sambutan ulangtahun kemerdekaan bagi tahun ini yang merupakan yang ke -51.
Logo Hari Kemerdekaan ke 51

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Saturday, August 30, 2008

SKBD Johan Negeri Dikir Barat J-Qaf 2008

Tahniah! SKBD sekali lagi telah mengharumkan nama sekolah di mana seramai 20 orang murid tahun 4 dan 5 telah mewakili sekolah bagi pertandingan dikir barat J-Qaf yang mana keputusannya memihak kepada sekolah. SKBD buat pertama kalinya telah merangkul Johan Negeri. Pihak sekolah juga ingin mengucapkan terima kasih terutamanya kepada En. Nizam, Ustz. Rahimah, Ust. Zamri, Ustz Zainorhanim,Ustz Wan Aminah dan guru panitia Agama Islam serta guru-guru lain telah bertungkus-lumus melatih, menyedia dan menghias pakaian untuk petandingan Dikir Barat.Sekali lagi pihak sekolah ingin ucapkan tahniah dan syabas.
Semasa membuat latihan di sekolah
Pertandingan peringkat kawasan Alor Gajah di SK. Simpang Empat

Selesai mengadakan persembahan
Pertandingan peringkat negeri di SK. Kemendor Jasin
SKBD berjaya menjadi Johan NegeriUcapan tahniah dari Guru Besar SKBDGuru Besar menerima piala pusingan dari Ketua Panitia Agama Islam.

Nampaknya pada tahun 2009, warga SKBD kena kerja lebih kuat lagi bagi mempertahankan kejuaraan. Insyaallah dengan kerjasama semua warga SKBD hasrat mempertahankan kejuaraan dapat dicapai. Insyaallah.





Monday, August 18, 2008

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan

Pada 16.8.2008 SKBD telah menjalan Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (Hari Profesional) untuk semua guru dan staf sokongan SKBD. Penceramah jemputan dalam kursus tersebut ialah En. Kumar dari IPPM. Tajuk yang disampaikan ialah berkaitan dengan 'Pengurusan Tekanan'. Tajuk ini cukup sesuai untuk guru-guru yang mana zaman sekarang ini bebanan kerja yang agak mencabar.Jadi dengan kursus tersebut diharap guru-guru SKBD dapat menangani stress dengan teratur dan berhemah.

Friday, August 8, 2008

Perkhemahan Unit Beruniform

Pada penghujung bulan Julai SKBD telah menganjurkan Perkhemahan Unit Beruniform bagi murid tahun 4 dan 5. Berbagai aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan sempurna. Sekali lagi pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan aktiviti tersebut. Tidak lupa juga kepada 5 orang guru praktikum dari IPPM yang sama-sama membantu pihak sekolah bagi menjayakan aktiviti tersebut.

Monday, July 21, 2008

Peluang Sambung Belajar

Permohononan Ke Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah Ambilan November 2008

  • Sukacita dimaklumkan akses ke aplikasi Permohononan mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah Ambilan November 2008 telah dibuka mulai 17 Julai 2008 (Khamis).
  • Untuk perhatian calon-calon, program ini akan ditutup pada 15 Ogos 2008 (Jumaat).
  • Sila pastikan semua calon telah melaksanakan langkah-langkah berikut:
    1. Membaca dan memahami ePanduan program.
    2. Mengisi borang permohonan dengan lengkap.
    3. Mengemaskini maklumat permohonan sebelum dihantar kepada JPN
    4. Mencetak borang permohonan dan senarai semak.
    5. Diperakukan oleh Ketua Bahagian/Pengetua/Guru Besar.
    6. Mengemukakan permohonan yang lengkap kepada JPN untuk sokongan.
  • CALON DIKEHENDAKI MENGHANTAR SEMULA BORANG PERMOHONAN KE JPN SEKIRANYA ANDA TIDAK MELAKUKAN PERKARA BERIKUT:
    1. Tidak menandatangani Pengakuan Pemohon.
    2. Tidak mendapat perakuan Ketua Bahagian/Pengetua/Guru Besar.
Untuk Permohonan sila klik sini

Thursday, June 26, 2008

Pertandingan Boria Peringkat Daerah

Pada 21 Jun yang lepas, SKBD telah menyertai pertandingan Boria Peringkat Daerah Alor Gajah. Pertandingan tersebut telah diadakan di SMK Teknik Dato' Seri Mat Zin Alor Gajah, Melaka. Sebanyak 3 buah sekolah yang telah menyertai pertandingan tersebut. Alhamdulillah sekali lagi SKBD telah mengharumkan nama sekolah dengan mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut. SKBD akan mewakili Daerah Alor Gajah ke peringkat negeri pada 26 Julai 2008 bertempat di SK. Tanjung Minyak. Syabas kepada En. Nizam yang bertungkus lumus melatih pasukan boria tersebut.

Sunday, May 4, 2008

Persaraan Pn. Hjh Nooriah Abu Bakar (GPK1)

Pada 2 Mei 2008, Pihak sekolah telah mengadakan majlis Jasamu dikenang sempena Persaraan Pn. Hjh. Nooriah bte Abu Bakar. Sepanjang menjadi pentadbir di sekolah beliau adalah seorang yang rajin,penyabar dan sangat mengambil berat dalam kebajikan staf.Beliau juga amat komited dengan tugas sepanjang berada di sekolah ini.Pihak sekolah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Hjh. Nooriah kerana banyak menyumbangkan jasa beliau di sekolah ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa beliau.Mari kita lihat foto di bawah: