Showing posts with label Peristiwa/tragedi. Show all posts
Showing posts with label Peristiwa/tragedi. Show all posts

Monday, January 5, 2015

Persekolahan 2015 - tangguh pada 12/1/2015

Sesi persekolahan 2015 ditangguhkan pada 12 Januari 2015 kerana banjir teruk di Kelantan, Terengganu dan Pahang...dalam takwim persekolahan 2015, sesi persekolahan pada asalnya pada 5 Januari ini...

Didoakan keluarga yang ditimpa musibah itu bersabar dengan ujian ini...pasti ada hikmah disebalik perancangan Allah ini...

Thursday, November 22, 2012

Sumbangan kepada mangsa banjir...

 YB Datuk Hj Abd Wahab B. Hj Abd Latip...ADUN Durian Tunggal sanggup turun padang untuk menziarahi mangsa banjir di sekitar Kg. Belimbing...

Beberapa agensi kerajaan dari pelbagai unit juga turut memberi khidmat kebajikan kepada mangsa banjir di kantin SKBD...

Turut hadir pada hari Rabu (21.11.2012) ialah isteri kepada Ketua Menteri Melaka dan beberapa wakil NGO yang lain...

Tuesday, November 20, 2012

Pusat Pemindahan Banjir 2012

Assalamualaikum WBT...
Untuk makluman pembaca Blog SKBD...semalam (19.11.2012-Isnin) kira-kira jam 8.30 malam, Dewan SKBD telah digunakan sebagai Pusat Pemindahan Banjir kepada mangsa banjir sekitar Kg. Belimbing...
Bermula dengan 5 keluarga sahaja, bertambah kepada lebih kurang 18 keluarga pada jam 1.00 pagi dan terkini kira-kira jam 12.45 tengahari 20.11.2012 (Selasa) sebanyak 30 keluarga dengan jumlah penduduk seramai 119 orang dari pelbagai lapisan umur telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir SKBD rentetan daripada hujan lebat yang berterusan semalam...
Semoga semua mangsa banjir tabah menghadapi ujian yang menimpa dan redha dengan ketentuan dari Allah...Wallahu A'lam


Kelas di bangunan Blok A menjadi Pusat Pemindahan Mangsa Banjir tahun 2012 ini