Pada 26 September 2008 (Jumaat), sekali lagi Panitia Agama Islam telah menganjurkan program Khatam Quran bagi murid tahun 6 dan murid-murid J-Qaf.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah J-Qaf dari JPM, Ust. Che Mat Che Leh .SKBD sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada Panitia Agama Islam dan semua guru dan kakitangan sekolah kerana telah sama-sama menjayakan majlis tersebut. Semoga usaha kalian di Bulan Ramadhan ini akan dapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t. Insyaallah.Kelihatan pentas dihias cantik oleh guru-guru SKBD Tetamu undangan dan peserta khatam Quran disambut dengan paluan kompang
Barisan pentadbir SKBD
Guru Besar menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut Ust. Che Mat Che Leh merasmikan majlis tersebut
Guru-guru SKBD
Ust. Abd Salam mengetuai Majlis Khatam Quran
Murid-murid SKBD memperdengarkan bacaan Quran dan persembahan dikir baratPenyampaian hadiah dan cenderahati
Pada 19 Sepetember 2008, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan Program Sambutan Penghayatan Ramadan. Program tersebut diadakan adalah bertujuan untuk sama-sama menghayati bulan yang mulia dan di samping dapat memperbanyakkan ibadah pada bulan Ramadhan ini. Penceramah jemputan dalam program tersebut ialah Ustaz Abdullah Tahir dari SMK Tun Tuah. Banyak input-input yang bernas telah disampaikan dalam majlis tersebut. Sekali lagi pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah kepada Program Panitia Pendidikan Islam kerana telah berjaya menganjurkan program tersebut.
Pelajar-pelajar SKBD
Barisan Pentadbir dan Penceramah Jemputan
Ucapan Pengerusi Majlis Ucapan Guru Besar SKBD
Guru-guru SKBD juga turut sama mendengar ceramah agama.
Pada 15 September 2008, SKBD telah mengadakan sambutan Penutup Bulan Ceria Merdeka. Banyak juga aktiviti yang telah dijalankan antaranya pertandingan menulis buku skrap, pertandingan mewarna, pertandingan menghias kelas, pertandingan nyanyian dan lain-lain. Pemenang bagi pertandingan tersebut telah menerima hadiah daripada Guru Besar pada hari ini. Lihat foto di bawah:
Murid-murid menerima hadiah daripada Guru Besar SKBD
Setiap manusia Allah s.w.t ciptakan anugerah dan bakat masing-masing.Seramai 6 orang murid Pendidikan Khas yang membuat persembahan di Dataran Perhimpunan SKBD. Terima kasih kepada guru-guru Pendidikan Khas yang melatih murid-murid tersebut.
Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Panitia mengadakan Program Tadaraus Quran bagi Tahap 2 dan Tazkirah bagi Tahap 1. Semua guru panitia agama Islam secara bergilir-gilir mengendalikan program tersebut sepanjang waktu rehat antara jam 10.10 pagi hingga 10.40 pagi. Program ini sangat sesuai untuk semua murid ketika mana semua umat Islam sangat mengambil berat khususnya berkaitan ibadat di bulan Ramadhan kerana banyaknya ganjaran pahala yang akan diberikan oleh Allah s.w.t pada bulan ini. Wallhua'alam....
Tazkirah Ramdhan yang disampaikan oleh Ust. Abd. Salam Yaakob
Semoga kita diberi kekuatan iman untuk menjalankan ibadah Ramadhan ini, & semoga amal ibadah dalam bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah SWT. Amin.
Ikhlas dari Warga SKBD.
Warga SKBD ingin mengucapakan Selamat Hari Kemerdekaan ke-51 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Tema hari kemerdekaan bagi tahun 2008 ialah Perpaduan Teras Kejayaan. Jika berminat untuk mengetahui tema-tema sebelumnya bolehlah pergi ke Tema Hari Kemerdekaan yang lalu. Di bawah ini dipaparkan logo sambutan ulangtahun kemerdekaan bagi tahun ini yang merupakan yang ke -51.
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.
3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.
3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.
Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.