Pada 22 April 2017 bersamaan hari Sabtu, Panitia bahasa Arab dan Pendidikan Islam dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah (PSS) SKBD serta Fakulti bahasa Arab UIAM Gombak telah menjalankan Perkhemahan bahasa Arab (Mukhayyam Arabi) dan Kem Bestari Solat Siri 2/2017 untuk murid tahun 4, 5 dan 6.
Perkhemahan tersebut menekankan beberapa kemahiran bahasa Arab dari peringkat asas hingga membina jumlah ayat mudah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bertepatan dengan tema "Learn Arabic is Fun" dengan pelbagai permainan dan nyanyian untuk menarik minat murid berbahasa Arab. Perkhemahan tersebut dipimpin oleh Ust Fariq dan sahabat-sahabat fasilitator dari Fakulti bahasa Arab UIAM Gombak.
TAHNIAH diucapkan kepada semua guru SKBD di atas komitmen tinggi dalam menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang untuk para peserta juga sekalung penghargaan kepada semua guru agama SKBD selaku pengelola program.
Semoga bermanfaat Mukhayyam Arabi ini buat anak-anak SKBD dalam merealisasikan penggunaan bahasa Arab dalam sekolah dan luar sekolah...TAHNIAH
Majlis penutup Mukhayyam Arabi 2017
Penyampaian sijil kepada fasilitator
Sesi LDK 3
Ucapan perasmian penutup oleh Pn GB
Merewang memasak oleh guru2 SKBD
Aitr tangan PK Koku tu...terbaik
Fasi dari UIAM
Ice breaking
Nyummy...nyummy...lauk makan tengahari
Pendaftaran peserta
Munim pagi
Terima kasih daun keladi...in syaa Allah...tahun depan buat lagi...جزاكم الله خيراً جزاء