Sunday, November 11, 2012

Tokoh Pelajar 2012

 Muhammad Azmin B. Abd Aziz
Tokoh Akademik (Lelaki) 2012
 
 Syarifah Nur Izzati Iman Bte Syed Ramli
Tokoh Akademik (Perempuan) 2012
 
Muhammad Azry B. Faizal
Tokoh Kokurikulum 2012
 
TAHNIAH diucapkan kepada pelajar yang terpilih untuk anugerah 2012


Hari Anugerah Kecemerlangan & Konvokesyen Pra 2012

 















Tuesday, November 6, 2012

Majlis Khatam al-Quran SKBD 2012

 Majlis Khatam al-Quran SKBD tahun 2012 telah diadakan pada 5 November 2012 (Isnin) bermula jam 11.00 pagi. Majlis tersebut diadakan sepanjang tahun bagi meraikan murid2 SKBD yang telah khatam bacaan al-Quran sebelum melangkahkan kaki ke sekolah menengah...Tahun 2012 ini, seramai 10 orang murid Tahun 6 telah tamat bacaan al-Quran dengan jayanya...Majlis tersebut dipimpin oleh Ustaz Helmirizal Bin Che Long.
 
 Pn Hjh Ratipah, Pn Mulyate, Pn Rahimah dan beberapa guru juga turut menyertai khatam al-Quran tersebut bersama murid2 lain...
 
 5 orang dari kalangan pelajar perempuan yang telah khatam al-Quran sepanjang berada di SKBD...Tahniah diucapkan...
 
Murid Tahun 5 dan 6 yang lain sama-sama mengimarahkan majlis khatam dengan membaca surah lazim bersama rakan-rakan yang dirai di atas pentas...
 
Untuk makluman semua pembaca blog...semua murid Tahun 6 dan Tahun 5 2012 telah khatam al-Quran secara tidak rasmi melalui BIG bersama guru agama...TAHNIAH diucapkan!!
 


Saturday, November 3, 2012

Program ICT bersama penuntut UTeM Melaka

Pada 2 November 2012 yang lalu (Jumaat), beberapa penuntut dari Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) telah mengadakan program ICT kepada murid-murid tahun 6 khasnya...Program tersebut diadakan di Makmal Komputer SK Belimbing Dalam bermula jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari.
 
SYABAS dan TAHNIAH kepada pihak UTeM dan SKBD di atas kerjasama dalam menjayakan program tersebut...

Tuesday, October 30, 2012

Terima kasih atas khidmat baktimu di SKBD...

 Pn Rosemawati Bte Shafie
Telah berkhidmat di SKBD selama 10 tahun 
Mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6 dan Tahun 4

Pn Safarina Bte Ujang
Telah berkhidmat di SKBD selama 2 tahun
Mengajar mata pelajaran agama Islam kelas Pendidikan Khas dan Pra Sekolah

Terima kasih atas khidmat bakti kalian dalam mendidik dan mengajar murid2 SKBD menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat...Selamat berkhidmat di sekolah baru dengan penuh dedikasi demi anak bangsa tercinta ye...مع السلامة 

Sunday, October 28, 2012

Salam Aidiladha 1433H

Warga SKBD mengucapkan selamat hari raya Aidiladha 1433H...كل عام وأنتم بخير 

Thursday, October 25, 2012

Ceramah Awal Remaja 2012

Antara slot yang disampaikan oleh En Anuar B. Rosli dalam ceramah awal remaja kepada murid tahun 4,5 dan 6 SK Belimbing Dalam 2012

Aktiviti membasuh khemah selepas jamboree...

 Bersungguh-sungguh budak2 jamboree nie membasuh khemah...nak buat camane hari pertama dah hujan lebat...habis kotor khemah...hehe
 





Majlis Penyampaian Sijil Pengakap Jambore JOTA JOTI 2012

 Ketua sekawan...Muhammad Arif B. Abd Razak
 
 Muhammad Afif Azfar B. Salim
 
 Ezam Asyraf Al-Ilami B. Jamil

 Muhammad Zakwan B. Azman
 
Muhammad Iskandar B. Badrolhisham


Tuesday, October 23, 2012

Jamboree Pengakap JOTA JOTI Dunia 2012

19, 20 & 21 Oktober 2012 yang lalu, Unit Pengakap telah menghantar 5 orang wakil pelajar Tahun 6 dan seorang guru ke Jamboree Pengakap JOTA (Jamboree On The Air) dan JOTI (Jamboree On The Internet) Dunia di Kem Pengakap Bukit Katil Melaka.
 
Pelbagai aktiviti baru yang belum pernah murid pengakap SKBD ceburi didedahkan di sana. Antaranya phonetic alphabet, QSO di radio dua hala, morsecode, semaphore, eyeball callsign dan sebagainya...Aktiviti paling menyeronokkan adalah QSO radio dua hala yang mana peserta diberi peluang berkomunikasi dengan team pengakap luar negara...TAHNIAH diucapkan...
 
Sijil JOTA JOTI 2012 dan lencana Jamboree...

 

Wednesday, October 17, 2012

Peperiksaan Akhir Tahun 2012...dah bermula

Semoga berjaya dan selamat menjawab dengan baik dan tenang...kepada semua murid SKBD yang menduduki peperiksaan akhir tahun bermula 16.10.2012 (Selasa) hingga 19.10.2012 (Jumaat)...