Saturday, March 29, 2008

Arwah Adik Nurwazirah bte Yahya


Assalamualaikum. Pada 22 Mac 2008 iaitu pada hari Sabtu,sekolah telah dikejutkan dengan kematian seorang murid di tahun 5 Arif iaitu adik Nurwazirah bte. Yahya akibat kemalangan jalanraya. Peristiwa itu berlaku ketika beliau balik dari sekolah untuk menghadiri Kelas Baucer Tuisyen. Peristiwa itu berlaku sebaik sahaja turun dari bas berhampiran dengan rumahnya.
Sebelum arwah meninggal ada beberapa perkara pelik yang berlaku, antaranya pada pagi tersebut, arwah memeluk erat rakan-rakannya dan mengucapkan selamat tinggal.Seminggu sebelumnya pula arwah ada menceritakan kepada rakannya bahawa dia teringat sangat dengan arwah ayahnya. Rupa-rupanya tanpa diduga arwah juga nak meninggalkan kita. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.Semoga Allah menempatkan arwah diSyurga Nan Abadi....Al-Fatihah..

Saturday, March 1, 2008

Majlis Persaraan GP HEM

Pada hari Rabu 27 Februari 2008. Pihak sekolah telah mengadakan majlis Persaraan GPK HEM iaitu Tn. Hj. Abu Bakar bin Mohd Ninggal.Beliau adalah seorang yang rajin,penyabar dan menepati masa dalam sesuatu perkara yang dilakukan.Beliau juga amat komited dengan tugas sepanjang berada di sekolah ini.Pihak sekolah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Hj. Abu Bakar kerana banyak menyumbangkan jasa beliau di sekolah ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa beliau.Mari kita lihat foto majlis persaraan beliau :

Program Motivasi Ibubapa Dan Murid

Pada 22 Ferbruari yang lepas, Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKBD telah menganjurkan Program Kecemerlangan UPSR Dan Motivasi Keibubapaan 2008. Ramai juga ibubapa yang hadir dalam majlis tersebut. Penceramah motivasi jemputan ialah Dr. Rozey bin Baba.Beliau memang pakar motivasi dan pandai menyelitkan unsur-unsur yang lucu dalam sesuatu majlis. Mari kita lihat foto-foto berikut: