Saturday, March 29, 2008
Arwah Adik Nurwazirah bte Yahya
Assalamualaikum. Pada 22 Mac 2008 iaitu pada hari Sabtu,sekolah telah dikejutkan dengan kematian seorang murid di tahun 5 Arif iaitu adik Nurwazirah bte. Yahya akibat kemalangan jalanraya. Peristiwa itu berlaku ketika beliau balik dari sekolah untuk menghadiri Kelas Baucer Tuisyen. Peristiwa itu berlaku sebaik sahaja turun dari bas berhampiran dengan rumahnya.
Sebelum arwah meninggal ada beberapa perkara pelik yang berlaku, antaranya pada pagi tersebut, arwah memeluk erat rakan-rakannya dan mengucapkan selamat tinggal.Seminggu sebelumnya pula arwah ada menceritakan kepada rakannya bahawa dia teringat sangat dengan arwah ayahnya. Rupa-rupanya tanpa diduga arwah juga nak meninggalkan kita. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.Semoga Allah menempatkan arwah diSyurga Nan Abadi....Al-Fatihah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment