Thursday, October 16, 2008

Sambutan Hari Raya

Suasana Hari Raya Aidilfitri masih lagi terasa. Kelab staf SKBD telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Sri Pentas SKBD pada 10 Oktober 2008. Majlis tersebut berlangsung pada waktu malam. Berbagai jenis juadah yang telah dimasak seperti lemang,sate, sup tulang,sambal udang, masak lodeh dan banyak lagi. Semuanya hasil gotong-royong guru-guru dan kakitangan SKBD.Semua ahli keluarga guru, kakitangan sekolah dan PIBG telah dijemput dalam majlis tersebut.Tidak lupa juga tetamu jemputan iaitu Tn. Hj. Abu Bakar bin Mohd Ninggal kerana turut memberikan sumbangan bagi menjayakan majlis tersebut. Mari kita lihat foto dibawah:
Rajin betul nampaknya cikgu tu!
Cikgu Razak dan Ust. Faizal sedang menyusun lemang untuk dibakar.

Santah diperah untuk dimasukkan ke dalam lemang
Srikandi SKBD. Kupas jangan tak kupas cikgu.Dah sedia ke nak masak sup tulang?
Sambutan diadakan pada malamnya.

Pengerusi Kelab Staf telah menyampaikan ucapan

SKBD mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang telah bertungkus- lumus memasak juadah sempena Hari Raua Aidilfiri. Shukran Jazeela........



No comments: