Pada 13.11.2008 semua murid Tahun 6 berdebar-debar untuk mendapatkan keputusan UPSR di sekolah masing-masing. Begitu juga dengan murid tahun 6 SKBD yang penuh sabar dan tabah menunggu Guru Besar balik dari Jabatan Pelajaran Melaka.Ada yang berdoa, baca surah Yaasin, mengaji Quran dan macam-macam gelagat yang dapat diperhatikan.
Pada pukul 10.00 pagi, Guru Besar mengumumkan seramai 7 orang telah mendapat 5A, 5 orang mendapat 4A1B dan 2 orang mendapat 3A2B. Alhamdulillah..... Inilah kejayaan yang mereka dapat setelah mereka berusaha.Ramai juga murid yang menitiskan air mata kegembiraan. Guru pun sama menitiskan air mata kerana terharu. Pihak sekolah sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya dan yang kurang berjaya diharap cuba lagi di masa akan datang kerana banyak lagi peperiksaan yang besar sedang menunggu di masa hadapan.Murid- murid yang telah mendapat 5AFriday, November 14, 2008
Thursday, November 13, 2008
Hari Kuliti 2008
Pada 11 November 2008, sekali lagi SKBD telah mengadakan Hari Kualiti Peringkat Sekolah. Majlis tersebut hanya dibuat diperingkat dalaman sahaja. Pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah kepada murid -murid yang telah berjaya mendapat kedudukan yang tertinggi di dalam kelas. Kepada yang kurang berjaya diharap cuba lagi di tahun hadapan. Tokoh murid kali ini jatuh kepada seorang pelajar perempuan iaitu adik Zareen Nawwarrah binti Mohsin. Belia memang aktif dalam semua bidang samada kurikulum dan kokurikulum. Semoga anugerah yang disampaikan oleh pihak sekolah akan dapat jadikan perangsang semua murid agar lebih maju di masa akan datang. Insyaallah.
Monday, November 10, 2008
Jamuan Akhir Tahun
Pada penghujung persekolahan ini, kebiasaannya semua sekolah di seluruh negeri akan mengadakan Jamuan Akhir Tahun sebagai penutup tirai persekolahan 2008.Begitu juga dengan kelas Tahun 6 SKBD. Mereka menjemput semua guru dan staf sokongan hadir dalam majlis jamuan tersebut. Ini adalah bagi meraikan hari perpisahan mereka.Pesanan guru untuk murid tahun 6 agar sentiasa ingat jasa dan pengorbanan guru di sekolah rendah . Tanpa guru mungkin kamu tidak akan menjadi insan yang cemerlang baik di dunia mahupun akhirat.
Subscribe to:
Posts (Atom)