Friday, November 14, 2008

UPSR 2008

Pada 13.11.2008 semua murid Tahun 6 berdebar-debar untuk mendapatkan keputusan UPSR di sekolah masing-masing. Begitu juga dengan murid tahun 6 SKBD yang penuh sabar dan tabah menunggu Guru Besar balik dari Jabatan Pelajaran Melaka.Ada yang berdoa, baca surah Yaasin, mengaji Quran dan macam-macam gelagat yang dapat diperhatikan.
Pada pukul 10.00 pagi, Guru Besar mengumumkan seramai 7 orang telah mendapat 5A, 5 orang mendapat 4A1B dan 2 orang mendapat 3A2B. Alhamdulillah..... Inilah kejayaan yang mereka dapat setelah mereka berusaha.Ramai juga murid yang menitiskan air mata kegembiraan. Guru pun sama menitiskan air mata kerana terharu. Pihak sekolah sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya dan yang kurang berjaya diharap cuba lagi di masa akan datang kerana banyak lagi peperiksaan yang besar sedang menunggu di masa hadapan.Murid- murid yang telah mendapat 5A


Murid- murid yang telah mendapat 4A1B


Syabas dah tahniah sekali lagi kepada murid yang cemerlang..........

No comments: