Tuesday, November 20, 2012

Pusat Pemindahan Banjir 2012

Assalamualaikum WBT...
Untuk makluman pembaca Blog SKBD...semalam (19.11.2012-Isnin) kira-kira jam 8.30 malam, Dewan SKBD telah digunakan sebagai Pusat Pemindahan Banjir kepada mangsa banjir sekitar Kg. Belimbing...
Bermula dengan 5 keluarga sahaja, bertambah kepada lebih kurang 18 keluarga pada jam 1.00 pagi dan terkini kira-kira jam 12.45 tengahari 20.11.2012 (Selasa) sebanyak 30 keluarga dengan jumlah penduduk seramai 119 orang dari pelbagai lapisan umur telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir SKBD rentetan daripada hujan lebat yang berterusan semalam...
Semoga semua mangsa banjir tabah menghadapi ujian yang menimpa dan redha dengan ketentuan dari Allah...Wallahu A'lam


Kelas di bangunan Blok A menjadi Pusat Pemindahan Mangsa Banjir tahun 2012 ini

No comments: