Thursday, January 17, 2013

Pelancaran Majlis Jom Pergi Sekolah 2013

Assalamualaikum WBT...

Pada 14 Januari 2013 (Isnin) iaitu minggu ke-3 persekolahan, Unit Bimbingan dan Kaunseling SKBD dengan kerjasama Unit Disiplin dan HEM telah melancarkan program Jom Pergi Sekolah dan Pelancaran Pas Keluar Kelas sesi 2013.

Pelancaran tersebut adalah bertujuan untuk menarik minat murid hadir ke sekolah setiap hari dan mengurangkan atau sifar ponteng untuk tahun ini. Penggunaan pas keluar kelas pula bertujuan untuk mengelakkan murid sering keluar masuk kelas semasa P&P dijalankan.

Diharapkan tahun 2013 ini akan memberi semangat dan sinar baru dalam diri murid2 SKBD semua...InsyaAllah...Ameen

No comments: