Sunday, February 3, 2013

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SKBD 1434H

Assalamualaikum WBT...

Pada 1 Febuari 2013 (Jumaat) bersamaan 19 Rabiul Awwal 1434H, Panitia Agama SKBD telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H di Dataran SKBD...Program dimulakan dengan bacaan Yaasin seawal jam 7.15 pagi...Seterusnya ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Yang Berbahagia al-Fadhil Ustaz Ridhuan, Ketua Unit PIPA SPI Melaka. 

Majlis diakhiri dengan bacaan selawat beramai-ramai di perkarangan dataran. Alhamdulillah pada majlis ini, makanan untuk seluruh warga SKBD ditaja oleh beberapa penyumbang ikhlas dari penduduk kampung Belimbing yang juga merupakan ibu bapa/penjaga murid SKBD...Tidak lupa juga guru-guru yang memberi sumbangan ikhlas berupa wang ringgit mahupun tenaga dan beberapa pengurus dan usahawan dari SKBD...Usaha murni kalian hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya...Ameen

Berikut beberapa gambar ketika majlis...

 Murid-murid berhimpun selepas selesai bacaan Yaasin

Ustaz Ridzuan dari JPM Melaka

 Ustazah Rahimah Abd Rahim sebagai pengacara majlis

 Barisan guru dan murid-murid sedang berselawat ke atas Nabi SAW

Penyampaian saguhati kepada penceramah oleh Pn Guru Besar

Penceramah Ustaz Ridzuan duduk bersama para pentadbir sebelum majlis dimulakan

Ustaz Helmirizal mengepalai bacaan selawat atas Nabi SAW

No comments: