Monday, May 10, 2010

LADAP 2 2010

Pada 8 Mei 2010 di sebelah paginya telah berlangsungnya Program Mentor-Mentee bagi murid tahun 6. Semua guru,murid dan ibubapa diwajibkan hadir ke majlis tersebut.Program ini sangat penting bagi membincangkan permasalahan anak samada berada di rumah atau di sekolah. Setiap guru mempunyai 2 orang anak angkat(mentee)yang akan sentiasa memantau perkembangannya khususnya semasa berada di sekolah. Diharap program ini akan dapat meningkatkan kecemerlangan murid-murid tahun 6. InsyaAllah........















Pada pukul 10.30 pagi pula guru-guru telah diajar berkaitan dengan penggunaan E-mail dan Facebook. Cara-cara penggunaan E-mail telah diajar oleh Ust. Zamri Arshad manakala Facebook telah diajar oleh Pn. Ainun Jariah bt. Jameran. Banyak input-input yang telah dikongsi bersama sepanjang program tersebut berjalan. Mudah-mudahan semua guru teruja sepanjang majlis itu berlangsung... InsyaAllah....

No comments: