Tuesday, May 18, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2010

SK Belimbing Dalam telah mengadakan sambutan Hari Guru 2010 peringkat sekolah pada 17 Mei 2010. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Pembina Negara Bangsa. Sambutan ini diadakan di Dewan Sri Pentas. Acara sambutan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku,Melaka Maju Jaya dan lagu sekolah. Kemudian bacaan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Menteri Pelajaran Malaysia disampaikan oleh GPK 1 dan Guru Besar. Setelah perhimpunan rasmi selesai, acara diteruskan dengan sukaneka di mana semua guru terlibat dan dalam masa yang samalah murid-murid memberikan hadiah kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan. Selepas acara sukaneka, diadakan pula majlis jamuan guru. Sungguh meriah sambutan Hari Guru pada tahun ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan sambutan ini
























No comments: